kembali bekerja.

Sunday, March 28, 2010

ada apa dengan rokok?


aaaaaaaaaaahhhhhhhhhh~

bukan main panjang lagi gua punya aahh. maklumlah, orang baru habis final la katakan. sepanjang gua hidup selama 19 tahun setengah ni, gua tak pernah jadi serajin selama tempoh gua prepare untuk final. habis rajin dah tu gua rasa. spm pun gua tak study sampai dua tiga pagi.

lagi satu, sepanjang tempoh study ni la jugak merupakan tempoh gua jadi seorang perokok tegar yang ‘kalau-boleh-nak-hisap-tiga-batang-sekali-gus’. mana taknya, buat satu soalan, hisap rokok, buat satu soalan hisap rokok. kalau ada 30 soalan? tak ke jahanam paru-paru gua namanya tu. tapi gua ada sebab. bukan suka-suka nak hisap macam tu. bibir i merah lagi ok? ok geli.

gua hisap sebab stress belajar. ya gua tahu bunyinya macam gampang, tapi memang betul. lagi-lagi kalau otak tengah tepu. serius tak tipu. tak percaya try.

lepas tu gua tanya pulak apa pendapat member-member gua yang juga terdiri daripada golongan perokok.

“weh, apasal kita hisap rokok ahh? kan kita tahu benda ni mengandungi lebih 4000 bahan kimia termasuk tar, nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan”

“ banyak frog kebaikan dia. banyak.”

so member-member gua pun buat sesi brain storming pasal topik yang gua bagi tadi. hasil dia agak memberangsangkan jugak sebenarnya.

release tension. ini point paling common la kiranya. gua pun tak tahu kenapa. gua rasa disamping nikotin, tar, jadah-jadah semua tu, rokok ni pun ada bahan kimia nama ‘dopamine’. tahu tak natang apa tuh? itu bahan kimia yang mengurangkan rasa tekanan dalam kepala otak kita. tak percaya? sila tanya encik google.

nak kurus. ini kurang pasti sebab apa. mungkin sebab kurang sikit selera makan yang macam gajah tu bila hisap rokok. mungkin la.

pelawas berak. ok sopan sikit, buang air besar. ini memang betul tapi gua tak sempat nak kaji sebab dia secara saintifik. gua rasa ini boleh jadi punca yang kurus tu. makan berak, makan berak, makan berak, berak makan, berak makan. so, mana-mana yang ada masalah buang air tu, boleh la cuba-cuba hisap rokok sebelum dan semasa buang air besar.

pencuci mulut yang paling terbaik sekali. setiap perokok wajib akan hisap rokok lepas makan. PASTI! perut tengah kenyang, hisap rokok, hembus asap bentuk ‘o’. fuhhh! pah-du! tak payah beli dessert yang mahal-mahal tuh. rokok sebatang baru 70 sen. kalau surya lagi murah. 50 sen.

merapatkan hubungan sesama rakan. ‘bro, pinjam lighter bro’. ‘bro, paw rokok sebatang’. ayat-ayat yang biasa didengari. lepas tu lepak borak-borak pasal isu-isu semasa di dunia macam bila Rozita Che Wan nak kawen, Lisa Surihani dah ada balak ke belum, kenapa Fasha Sandha gedik semacam dan yang sewaktu dengannya. tak ke mesra namannya tu. padahal takde rapat mana pun sebelum ni. tapi rokok punya pasal, boleh jadi rapat. kadang-kadang yang tak pernah bertegur sapa pun boleh jadi rapat.

daripada hisap dadah, hisap gam, hisap benda yang bukan-bukan, baik hisap rokok. ada betul jugak gua rasa.

haa ini yang paling rare. hisap rokok boleh jimat duit. ini member gua Meuz yang cakap. gua pun tak tahu belah mana yang jimatnya. lagi banyak bakar duit ada la. haha. sampai sekarang gua tergelak bila teringat balik. sori bro!

memang merokok banyak keburukan, gua admit. tapi di sebalik setiap cela, tercalit juga 'kemuliaan'. so, lu orang judge lah sendiri. 


ohh lupa, baca dengan minda yang terbuka juga ye.








Sunday, March 14, 2010

oh mama, saya mahu kawen!


"oh mama, saya mahu kahwin
kahwin dengan siapa?
dengan ALYSSA BERNAL"
 

-Blues Gang; oh mama, saya mahu kahwin-

dalam sibuk-sibuk gua nak final ni, sempat jugak la gua jalan-jalan dekat youtube. mana tahu ada video-video yang boleh ringankan sikit kepala otak gua sekarang ni. tengah gua sedap-sedap usha video, gua terjumpa video sorang awek ni. muka macam comel. gua pun klik je la.




ZASSS! 

on the spot gua jatuh cinta. mana lagi nak carik awek 'muka-comel-ada-lesung-pipit-kat-dua-dua-belah-lepas-tu-pandai-main-gitar-plus-suara-sedap-and-then-bila-nyanyi-muka-comel-nak-mampos'? ingat senang nak jumpa? ini kalau gua dapat awek macam ni, sumpah gua tak carik lain. lisa surihani ngorat pun gua tak layan dah time tu. serius gua terus suruh mak gua masuk meminang. kalau takde duit, gua sanggup la pergi pinjam bank cakap nak buat modal berniaga burger. tak tipu!


p/s lu orang boleh try gi youtube, taip alyssa bernal atau klik je link tu. banyak lagi video-video dia. tapi yang ni faveret gua.

p/ss tiba-tiba gua ingat nak belajar main gitar lepas tu buat video macam tu. mana tahu ada gadis yang sangkut ke ye tak? 




mood : gatal.

Thursday, March 11, 2010

angan-angan si pemalas.

kata ibu, aku harus rajin belajar.
supaya cari kerja nanti senang.
kata ayah, aku harus rajin belajar.
supaya tak perlu berhutang keliling pinggang.
kata pensyarah, aku harus rajin belajar.
supaya tak payah tengok muka dia lagi kalau mengulang.

*aku simpan dalam kepala.

kata fesbuk, rilek dulu ada banyak masa.
mai update status "i nak pergi makan, uish bestnya!"
kata dota, lu nak cuak cuak kenapa.
bak datang garena sepam dua.
kata mespes, ohh terlupa.
aku dah tak lalu tengok camwhore'r' sini sana.

*aku baling laptop ke udara.
"apa kau gila?"
"aku main-main aje"

biar apa orang kata.
aku tak peduli apa.
kerana aku tahu aku nak apa.
aku nak belajar la ni unta!


"sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan lu orang makan,
suruh study, sorang pown tak mahu" 


p/s gua nak take a break. study bro study! final lagi seminggu lebih je. buku haram tak sentuh lagi. 

Saturday, March 6, 2010

perangai budak uniten (18sx).



macam gampang bukan perangai rakan-rakan gua?


p/s jangan fikir bukan-bukan. itu bentuk kepala gajah siap dengan belalai sekali.

p/ss sila baca dengan minda terbuka.

Friday, March 5, 2010

diari seorang pelajar.

12.00 pm gua baru bangun tidur. menggeliat macam badak air kat zoo negara nak tarik perhatian pengunjung.

12.25 pm bancuh milo 3 in 1 secawan. minum dengan tak gosok gigi. pehhh. manis. 

12.30 pm on laptop. main dota sepam dua.

1.25 pm mandi tanpa bersyampu tetapi bersabun. gosok gigi tak lupa. masih teringat kalah teruk kena titik tadi.

1.30 pm sembahyang jumaat.

3.00 pm balik rumah. berbisik sendirian, "aihh, perut dah konyang dah ni. tido pon sodap!"

4.30 pm kelam-kabut bangun tidur mencicit masuk bilik air. celaka. sakit pulak perut ni.

4.50 pm update belog.


4.55 pm pergi jawab periksa.







memang lingkup la jawabnya test Advance Calculus dengan Differential Equation gua tadi.

Wednesday, March 3, 2010

kali pertama.

kali pertama, hati terlihat si dia.
kali pertama, hati begitu teruja.
kali pertama, hati bertaut cinta.
kali pertama, hati berjanji setia.

__________


hati kata,
"pergilah, ini peluang engkau"
minda kekang,
"ahh, mesti tak dapat punya"
hati kata,
"belum cuba belum tahu"
minda bantah,
"jangan bermimpi di siang hari"
hati tak putus asa,
"tangan, mari bekap aku"
tangan seraya berkata,
"aku turutkan sahaja"
minda tegah,
"apa kau gila?"
tangan menikus,
"tu.. tu.. tuah manusia tiada siapa tahu"
hati teriak,
"BETUL TU!"
minda menyambung,
"baiklah, berikan aku masa"
senyap.

akhirnya minda akur semua.

__________


tetapi,
tetapi ia tidak bermakna,
kerana mereka bertiga bukanlah sesiapa,
kerana pengaruh mereka tidak punya,
kerana karisma mereka tidak seberapa,
kerana gaya mereka entah apa-apa,
kerana wajah juga tak kacak mana,
*namun minor pernah berkata,
"kau comel juga sebenarnya"
heh heh heh.


jadi,
jadi di sini harapan dilontar,
kepada sang pembaca,


























klik la link neh. lepas tu undi nombor 48. hehe. 


p/s : gua rasa gua belum pernah lagi dengar orang pancing undi guna taktik macam ni.


p/ss : ni KALI PERTAMA gua masuk contest kat belog orang. seronok juga.



Tuesday, March 2, 2010

ada apa pada nama?


masa muda-muda dulu mesti lu orang ada nama samaran kan? tak payah muda la, yang dah berumur pun kadang-kadang ada nama samaran atau senang cakap nickname. gua rasa benda ni bukan satu masalah sebab pada pandangan gua, nama-nama ni akan buat hubungan lu orang yang biasanya sesama kawan-kawan akan jadi lebih mesra. mesti la bagi nickname dekat kawan-kawan, takkan nak bagi kat parents pulak kan? nak makan pelempang try la.
gua ingat lagi masa sekolah. dari sekolah rendah lagi. dari tadika pun ada kot. macam-macam nama gua pernah dengar. tak kurang jugak nama-nama yang pelik-pelik. biasanya nama-nama ni akan diberi mengikut rupa luaran seseorang tu. ni gua nak share sikit antara nickname member-member gua yang gua masih ingat.
__________________________
yang badan besar sikit konfem orang akan panggil Mok, Debab, dan Bob. ini yang paling biasa la. yang rare sikit macam member gua. dia badan agak besar, kulit hitam-hitam manis. Sean Kingston terus. tak ada kompromi. yang badan kecik dah tentu panggil Kecik. adik gua yang darjah enam, orang panggil Kenit sebab badan dia kecik. yang tinggi pulak dah tentu panggil Panjang.


yang versi haiwan tak terlepas. contoh macam kalau gigi depan comel-comel je macam arnab orang panggil Tupai, Jo, Ang, dan yang paling latest, Halim bagi yang lelaki, Halimah bagi yang perempuan.  Ha.. Ha.. Halimah jongang~


ikut nama tempat asal pun tak kurang jugak. Rawang lah, PJ lah, Senai lah, apa lah. gua pun dah tak ingat sangat.
muka macam cina ke india sikit mesti kena panggil Apek, Ah Chong, Mamak, Macha dan yang agak kurang ajar Keling terus. mesti.
kalau yang suka buat perangai bukan-bukan lepas tu kantoi, pun ada nama. kantoi kuat melancap panggil Ceng, kantoi merembat barang junior panggil Toyol dan kantoi tengok porno Blue. kalau nama-nama ni, member-member gua cakap tak best sikit sebab tak market depan perempuan kata mereka.
ikut style rambut pun ada. Botak, Pacak, lepas tu kalau yang suka pakai minyak rambut Tancho, orang panggil Co.


kalau dah tak tahu nak panggil apa pun tak boleh jugak. susah sebenarnya kalau dalam sekumpulan ni ada dua tiga orang nama sama. tengah lepak-lepak minum, panggil sorang tapi tiga orang yang pandang. so, tambah kenderaan yang diorang pakai kat belakang pun boleh jadi. Ejat Ego bawak motor Ego, Ejat Legend bawak Legend dan Ejat 125 mestila bawak 125, takkan EX5 pulak.


__________________________
sebenarnya banyak lagi. tapi gua pun ingat-ingat lupa je. ini baru nama-nama member. belum nama-nama cikgu lagi. macam gua cakap awal tadi, gua rasa tak ada masalah sebenarnya benda-benda ni. tapi ada jugak kadang-kadang sampai nama betul member pun boleh tak ingat sebab selalu sangat panggil nickname. macam situasi gua, “Afiq saper afiq? Aku tak kenal la”, “Afiq tu frog la”, “la frog ke? kalau frog aku kenal la. femes kot”. hehe.


yang jadi masalah tu, kalau lu orang bagi nama kat budak tu tapi budak tu tak suka. boleh buat bergaduh juga kadang-kadang. setakat ni gua rasa tak ada masalah la antara gua dengan member-member gua. tapi tak tahu la kalau diorang simpan dalam hati ke apa. harap-harap tak ada la yang macam tu.
__________________________
macam mana gua dapat nama frog? ramai yang tanya gua, tapi gua tak pernah jawab. kira hari ni macam special sikit la sebab gua nak ceritakan kat lu orang. roommate gua masa sekolah, Megat yang bagi nama. gua pun tak tahu kenapa. suka-suka katanya. mula-mula dia sorang je yang panggil gua frog. orang lain tak tahu lagi.
ada beberapa peristiwa yang menyebabkan nama tu lekat sampai la gua masuk universiti. mana taknya? si Megat tu pun masuk universiti sama dengan gua. roommate gua lagi untuk sem pertama. macam gampang. muak dah gua tengok muka dia hari-hari. bangun pagi muka dia, makan muka dia, mandi muka dia, nak berak pun muka dia. ok cukup. berbalik pada cerita.
nak dijadikan cerita, satu malam ni gua baru habis prep malam. gua jalan ramai-ramai dengan member gua nak pergi dewan selera. orang cakap malam tu supper murtabak. itu kira supper paling sedap la kat sekolah gua. si Megat pun ada masa tu. sepanjang jalan tu, ada longkang kiri kanan. entah mimpi apa katak-katak tepi-tepi longkang, dalam-dalam semak semua tu, semua pakat buat bising malam tu. ong ong. lain macam diorang punya bising malam tu.

“frog, kau suruh katak-katak tu diam frog. memekak dowh!”, teriak Megat dari belakang.
gua yang tengah masuk air time tu, layankan aje. “woi diamlah!”
SAPPP!
hilang terus bunyi katak-katak tadi. senyap.
wtf?
 

Monday, March 1, 2010

You've Got Style Contest

macam best je gua tengok orang join-join contest neh. gua pown nak try. mana tahu kalau menang, dapat 50 hinggit. lepas buat duit minyak kereta untuk dua minggu. hehe. last minute pun last minute lah. janji sempat.




1. Terbuka kepada sesape saje yg ada blog tak kira lelaki atau perempuan.

2. Jadi follower Eynda's Diary dan link kan blog anda dengan Eynda's Diary.

3. Letakkan Banner di atas di side bar blog anda beserta link ke blog Eynda's Diary.

4. Buat entry mengenai contest ini dgn tajuk "You've Got Style Contest" dan anda juga perlu ada  backlink ke blog eynda.

5. Letakkan sekeping gambar individu anda yg anda rasa ada bila orang tengok orang akan cakap "Wooo ada style lah!!" Tak kisah la posing cemana pun janji gambar diri sendiri & gambar penuh ye...gambar sekerat cemana nak tengok ada style ke tak hihi...


6. Bila dah buat semua tu sila tinggalkan jejak kat komen entry ni beserta link ke entry anda tu...supaya senang eynda nak gi check satu...satu....

7. Penyertaan akan ditutup pada 15/2/2010  1/3/2010 tepat
11.59pm kerana selepas tarikh itu poll akan dibuka bila2 masa utk undian cari pemenang.

_________________________



gua rasa ini yang paling stylo. 

p/s : kacak juga gua rupanya. baru gua perasan.
p/ss : vote  saya ye nanti kawan-kawan.