kembali bekerja.

Saturday, February 27, 2010

gua pernah ehem-ehem dengan Angelina Jolie; apedehal?

petang tadi gua pergi teman adik gua pergi kedai buku. adik gua ni mengada-ngada sikit. nak pergi beli buku jauh-jauh. mentang-mentang lu nak SPM, bukan main lagi beli buku latihan banyak-banyak. buatnya tidak jugak. 

cari buku tadi bukan main jauh lagi. sampai ke jalan Tunku Abdul Rahman pergi cari buku. pergi la cari kat Mid Valley ke, Alamanda ke, apa ke. boleh la jugak gua jalan-jalan cari jodoh tengok apa yang menarik. bukannya takde kedai buku kat situ. ni nak jugak pergi jalan-jalan tengah panas.
balik-balik rumah gua terus tertidur sebab penat. nak dijadikan cerita, tengah gua tidur tu, gua boleh ada mimpi dalam mimpi. cewaah, macam lagu Damasutra, “umpama mimpi dalam mimpi”. ahh, ni yang timbul mood karaoke ni. ok cukup. sebenarnya gua pernah alami benda ni banyak kali jugak dari kecik. tapi bukan itu yang gua nak citer, gua nak citer pasal satu lagi benda iaitu mimpi waras atau omputih cakap lucid dreaming.
ok, mari bermula serius.
_____________________
lu orang pernah tak alami situasi bila mana masa lu orang bermimpi, lu orang rasa macam boleh kawal je mimpi tu. atau masa tengah mimpi, lu orang macam boleh agak apa yang akan jadi lepas tu? fenomena ini orang panggil lucid dreaming atau gua panggil LD ok?
kat luar negara, ramai yang nak capai benda ni. ye, LD boleh buat kalau kita nak. diorang cakap, LD ni boleh membantu diorang mengatasi fobia, belajar untuk berdepan dengan diorang punya greatest fear, menguatkan lagi minda separa sedar, dan yang paling best, cipta dunia khayalan sendiri masa tengah bermimpi. gua rasa paling best LD ni sebab boleh pilih mimpi ehem-ehem. jahaha.
macam mana nak capai? aihh sonang yo sobonarnyo. ado step-step dio neh haa. eden ado baco kat tenet. eden pon tak pasti betui ke tak betui mondo-mondo ni. sekarang eden koba yang sonang-sonang punyo yo. ekau baco sendiri.
pertama, setiap kali bangun tidur, cuba ingat balik mimpi-mimpi lu orang se-detail yang boleh. ini akan mengajar otak lu orang betapa pentingnya mimpi-mimpi tu. so, nanti bila mimpi lagi, otak akan beritahu yang lu orang tengah bermimpi sebab mimpi ni sebenarnya ada pattern dia. bila lu orang selalu ingat mimpi memasing, tu yang otak boleh detect tu. masa tu la lu orang boleh buat apa lu orang nak. ini kena buat selalu la.
kedua, reality check. biasakan tanya pada diri sendiri sama ada lu orang tengah mimpi atau sedar. ada la cara-cara dia yang tersendiri. ini bila dah biasa, macam yang atas tu, otak lu orang akan dapat membezakan antara mimpi dan realiti.
ketiga, sebelum nak tidur set alarm dalam 2 atau 3 jam lepas itu, biasanya tidur siang la sebab waktu-waktu ni la orang cakap LD senang berlaku. lepas tu bila tersedar, cepat-cepat matikan jam tu dan cuba fokus kembali kat mimpi lu orang sebelum tu. fikir pasal benda dan fokus sampai tertidur semula. jangan pulak pakai jam loceng yang kalau bunyi, jiran selang dua rumah pun boleh dengar. kalau macam tu, memang tak dapat la kalau nak tidur balik.
last sekali, minum kopi banyak-banyak lepas tu paksa diri sendiri untuk tidur. ini yang paling simple tapi tak selalu jadi. nak tahu cuba la lepas ni.


sebenarnya ada banyak cara lagi tapi yang lain tu memang complicated. siap ada mesin-mesin dia lagi. tapi majority cara-cara dia ialah melalui kekuatan otak yang boleh dicapai melalui latihan tertentu. bidang pengkajian otak ni memang luas. pernah dengar telekinetic, telekinesis, psychic? semua tahu kan yang kita sebenarnya pakai berapa peratus je dari otak kita ni selama kita hidup. orang yang buat kajian cakap, kalau guna lebih sikit, tu yang jadi benda-benda tu. kalau nak cerita, dua tiga hari jugak gua tak berhenti menaip. alangkah hebatnya ciptaan Allah swt.
_____________________
sebenarnya masa gua tingkatan lima, gua pernah dapat LD kaw-kaw punya. mimpi dah standard macam dalam muvi gua cakap lu! ada tembak-tembak sini, letup-letup sana, kejar-kejar mana-mana. hero dia konfem la gua. tapi part yang paling best, gua siap ehem-ehem dengan Angelina Jolie lagi tu. versi muda sikit ahh. sekarang dah tua. hehe. itu semua gua ingat lagi sampai sekarang sebab gua pasti, masa mimpi tu, gua sedar yang gua tengah bermimpi. kalau tak, jangan harap la gua nak mimpi-mimpi best macam tu. kira kalau ada ranking untuk mimpi-mimpi gua, ini yang tempat pertama la kiranya. so, gua ingat nak praktikkan step-step atas tu lepas ni. gua ingat nak jumpa Megan Fox pulak lepas ni. kehkehkeh.

Thursday, February 25, 2010

ad-sense versus nuff-nang.


gua pasti ramai yang dah buat  entri pasal benda ni tapi gua nak buat jugak. belog gua, suka hati gua la nak tulis apa kan? hehe. bukan apa, sekali sekala nak jugak gua share information dekat belog gua ni plus ramai jugak yang tanya gua pasal benda ni. padahal gua bukan paham sangat. so, gua memulakan research gua dengan baca-baca sikit kat internet, usha-usha belog orang lain yang pernah buat benda entri pasal ni dan tanya-tanya orang yang lebih arif pasal benda ni.

ok, kita mulakan sekarang.

__________________________________

ADSENSE

1.  Adsense ni under Google kepada sesiapa yang tak tahu.
2.  setakat ni gua rasa ni yang paling famous kat dunia sebab kebanyakan web-web pakai Adsense.
3.  bila dah famous, maknanya bangak advertisers yang guna benda ni, so macam-macam jenis iklan boleh keluar dekat belog lu orang.

NUFFNANG

1.  start pada Feb 2007. dicipta oleh graduan dari UK.
2.  memang Adsense paling popular tapi kalau di kalangan beloger-beloger kat luar sana, diorang lagi prefer guna nuffnang.
3.  dalam 84.76% belog yang gua lawat ada nuffnang. ok gua tipu. gila apa gua nak kira-kira percentage dia. the point is memang ramai beloger yang pakai nuffnang berbanding Adsense.
4.  nuffnang menawarkan macam-macam function. contoh lu orang boleh tengok trafik belog, buat survey dan satu lagi, nuffnang ni banyak buat kempen-kempen yang lu orang boleh join.

PROs and CONs

1.  Adsense kalau lu orang sekali klik, duit yang lu orang dapat tu dalam nilai USD. ehh silap. bukan lu orang yang dapat, tuan punya site tu la.
2.  macam gua cakap tadi, ramai yang menunggu untuk letak iklan diorang kat belog lu orang kalau guna Adsense. perasan tak yang iklan-iklan macam ni berada di mana-mana?


3.  iklan-iklan Adsense ni kalau orang putih cakap, easy to install.
4.  TETAPI, lu orang bayangkan, kalau lu orang nak ambik cek dari Adsense, memang lama ahh nak dapat. sebabnya, diorang nak hantar cek tu memang jauh la. mahu berminggu-minggu nak kena tunggu.
5.  Adsense ni banyak memberi kelebihan kepada belog yang guna bahasa perantaraan english. kira macam berat sebelah la.
6.  syarat-syarat kat Adsense ni agak ketat. ini tak boleh, itu tak boleh. leceh jugak sebenarnya.
7.  kalau nuffnang,  lu orang boleh tulis-tulis atas iklan tu. ‘Feel free to click’ la, ‘Kopi percuma’ la, apa la. macam-macam boleh tulis.
8.  kalau Adsense, boleh kena ban.
9.  kalau tiba-tiba hati lu orang rasa mulia nak tolong spam nuffnang member lu orang, takde hal. boleh aje. tapi kalau Adsense, memang dilarang sama sekali.
10. iklan-iklan nuffnang ni selalunya menarik. animation.
11. kalau nak ambik cek pown senang jugak.
12. TETAPI bagi yang baru-baru lagi dengan nuffnang, iklan dia jarang-jarang keluar. mungkin untuk menguji kesetiaan kot. mungkin la. tak percaya, cuba sendiri.

 __________________________________

so, kesimpulannya, lu orang fikir sendiri mana yang terbaik untuk belog lu orang. sebenarnya gua takde la arif sangat benda-benda ni. gua pown ambik masa yang lama jugak untuk  faham benda-benda ni. tapi at least gua harap lu orang dapat la jugak satu dua info yang berguna. lagi satu, ini semua pendapat gua je. bukan untuk mengutuk mana-mana pihak. dua-dua ni memang best. banyak berbakti kepada beloger-beloger sebab disamping menulis, dapat jugak buat duit. terima kasih semua! anda memang terbaik. *agak-agak nuffnang nak bagi gua duit lebih tak bila dah puji macam tu? jap jap. sebenarnya ada lagi satu, Adverlets. tapi yang tu memang haram gua tak tahu apa-apa. mana-mana yang tahu tu dah boleh terangkan kat gua pulak.


gua pown ada tiga hinggit je.

Tuesday, February 23, 2010

tiga puluh dua darjah celcius.

sejak dua menjak ni;


lu orang ada tidur siang lepas tu badan berpeluh-peluh?

lu orang jemur baju basah-basah lepas tu tak sampai sejam terus jadi kering?

rasa malas nak ke kelas sebab taknak jalan kaki panas-panas?

duduk dalam kereta lama-lama sebab nak aircond ?

duduk dalam bilik kunci pasang kipas nombor lima tanggal baju seluar tinggal boxer?

malam-malam rasa macam nak tidur telanjang?

rasa haus mengalahkan macam puasa walaupun kadang-kadang korang memang tak puasa?

sejam lepak kat kedai makan order sampai tiga air kosong?

kurang mandi lepas tu bagi alasan nak jimat air takut kena catu?



jika ya, lu orang memang cool ! ! !


sebenarnya gua dah tak tahan dah dengan cuaca panas-panas ni. gua bukan nak tipu la, tapi gua pun dah kurang merokok sebab antara punca-punca panas ni ialah pembakaran terbuka. gua rasa rokok ni pun macam pembakaran terbuka jugak. ada betul? kalau betul, kasi angguk itu kepala. itu je yang mampu gua sumbang setakat ni. takkan gua nak pergi kedah bantai sorang-sorang petani yang bakar jerami lepas musim menuai? bukan salah diorang sepenuhnya. kalau lepas bakar tu, member kedah gua cakap tanah jadi subur. gua iyakan je. so tujuan gua buat entri ni nak mengajak anda semua, ye anda semua menyokong mana-mana kempen yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang mendadak sekarang ni. come on bebeh ! ! !




p/s gua sekarang nak jadi 'environmentalist' kalau boleh. kalau boleh la.

Wednesday, February 17, 2010

cinta itu ilusif

“Ada apa dengan cinta?”, getus gua seketika seperti Rangga,
Atau mungkin juga seperti BEP,
“Where’s the love”, sini,
“Where’s the love”, sana,
Apa yang gua pasti,
Ia tidak semudah Ashlee mengeja “L.O.L.O.L.O.V.E”.



Ada yang berkata cinta tidak memberi apa-apa kecuali dirinya sendiri,
Dan tiada juga ia mengambil apa-apa kecuali dirinya sendiri,
Ada juga yang berkata cinta hanya untuk yang berhati waja,
Gagah untuk disakiti,
Tabah untuk menerima,
Sabar untuk kehilangan,
Dan berani untuk melepaskan,
Tapi gua juga pasti,
Ramai yang pernah bingung dibuatnya,
Tidak tahu apa sekelilingnya,
Tiba-tiba terjelepok hampir mencium tanah,
Tanpa mengetahui siapa angkaranya.



Gua?
Gua tidak pasti,
Cuma bagi gua cinta umpama kentut,
Pabila dipendam, disimpan,
Sakit bukan kepalang, pedih tidak tertahan,
Tapi pabila diluah,
Tidak perlu rasanya gua bercerita,
Kerana tepukan sebelah tangan sememangnya memalukan.




 p/s:  aaahh. lepas balik kampung otak memang fresh.

Monday, February 8, 2010

Playsafe itu kondom bukan mainan macam Ding Dang atau Tora.

hari ni gua sakit perut, so gua memang tak larat pergi kelas. gua jalan sikit rasa nak terkeluar, jalan sikit rasa nak terkeluar. kalau gua pergi kelas lepas tu terkeluar, siapa nak jawab? so gua bukak buku belajar sendiri dalam bilik. alaah, kalau gua pergi pown bukan gua paham sangat.
ok cukup pasal ponteng kelas. gua nak cerita pasal satu insiden yang pernah berlaku kat gua masa gua masih lagi budak-hingusan-yang belum-kenal-dunia. tak silap gua masa tu gua tingkatan tiga.
______________________________
PMR dah dekat. standard la kan PMR, semua sibuk nak belajar kasi dapat 8A 9A biar dapat masuk sekolah asrama. masa tu gua bercita-cita tinggi nak jadi doktor, so gua target nak masuk mana-mana sekolah sains. tak nak gua sekolah lama-lama kat sekolah gua masa tu. oh ya, gua sekolah dekat Victoria Institution. masuk pakai kabel sebab UPSR gua sedang-sedang sahaja. masa tu otak gua bersih. belajar memang senang paham. sekarang? haram.
gua pown study punya study punya study bagai nak rak. kadang-kadang gua pergi perpustakaan kuala lumpur buat study group kat sana. ingat ye, masa tu otak gua suci. pergi memang niat nak belajar bukan nak usha-usha awek sekolah convent bukit nenas ke, awek methodist girl school ke, apatah lagi bukan untuk mencari gaduh dengan pelajar sekolah lain.
nak dijadikan cerita, satu hari ni gua dengan member gua je yang study kat situ. bila agak-agak otak dah tepu dah tak boleh nak belajar, gua suggest kat member gua ajak balik. lu orang tahu Masjid Jamek? alaaa, dekat-dekat dengan tempat bila-nak-raya-perempuan-permpuan-suka-pergi-shopping-tudung-dengan-baju-raya tu. jangan tibu la kalau cakap tak tahu. gua nak pergi ambik Putra LRT kena lalu depan masjid tu. tapi time tu memang gua rasa semacam. rasa lengang je jalan tu hari tu.
tiba-tiba ada dua orang brader tepuk bahu gua dari belakang. gua kaget sekejap. sekejap je.

Brader A : dik, boleh tolong abang tak? abang nak pinjam 2 hinggit laa..
Gua : sori la bang, saya naik tren ni pown pakai pas bulanan je bang.
Brader B : alaa,duit belanja takkan takde dik?
Member gua : kitorang pown bawak bekal je bang pergi sekolah.

pujuk punya pujuk, member gua pown hulu 2 hinggit. gua dengan member gua bla lepas tu. tiba-tiba brader tu panggil lagi.

Brader A : dik, 2 hinggit tak cukup ahh dik.
Gua : aii? tadi kata nak dua ringgit je.
Brader A : ini untuk abang sorang je. tu member-member abang pown nak jugak.

TASSS! gua sentap. gua toleh belakang ada lagi tiga orang kutu-kutu rayau yang gua saspek memang member brader dua ekor ni.

Member gua : kitorang dah takde duit bang.
Brader B : haa, takpe takpe. dik, bagi pinjam henpon jap, ada emergency.


ZASS! gua tersentap lagi. sah dia nak rempat henpon pulak.

SAPP!
brader B dah peluk bahu gua. brader A pown dah pegang member gua. gua masa tu memang banyak tengok cerita-cerita aksi yang standard sorang-bantai-sepuluh-orang-tapi-lepas-tu-calar-sikit-je. gua pown rilek. member gua dah jerit-jerit mintak tolong.
HAAA! ni yang gua menyirap. bukannya tak ada orang lalu langsung, ada la jugak lima enam orang, tapi sorang pown buat tak nampak. CILAKA! cuba kalau brader-brader tu ada pisau ke apa ke, tak kena tikam kitorang kat situ? gua dah hilang sabar, gua pown jerit “BERTUKAR” lalu gua bantai brader-brader tu. ok itu tipu. gua time tu badan memang kecik je. comel je. gua pown main pusing-pusing sampai gua terlepas dari brader tu. member gua pown sama. po laie? cabut laa. gua lari dah tak toleh-toleh belakang dah.
______________________________
gua teringat balik sebab member gua cerita henpon dia kena rembat. member gua eksiden motor minggu lepas. elak kucing punya pasal. last-last kucing tu mati jugak. member terbaring atas jalan. sat lagi ada brader ni datang tolong. brader tu mintak henpon member gua nak call orang. member gua tengah sakit, so bagi je la. pung pang pung pang pung pang, brader tu bla dengan henpon tu sekali. tak ke sial namanya tu? nasib baik brader tu ada tolong jugak sikit-sikit. kira henpon tu upah dia tolong laa.
itu kalau gua ingat balik, gua memang menyirap. boleh la brader tu nak buli-buli gua time tu. time tu kotak kondom jenama “Playsafe” pown gua ingat mainan. standard macam tora dengan ding dang tu. memang tak kenal dunia lagi. kalau sekarang gua dah matang sikit, separuh mati brader dua orang ekor tu gua kerjakan.

gua ingat ini macam Ding Dang ke, Tora ke, Jojo ke.