kembali bekerja.

Thursday, February 25, 2010

ad-sense versus nuff-nang.


gua pasti ramai yang dah buat  entri pasal benda ni tapi gua nak buat jugak. belog gua, suka hati gua la nak tulis apa kan? hehe. bukan apa, sekali sekala nak jugak gua share information dekat belog gua ni plus ramai jugak yang tanya gua pasal benda ni. padahal gua bukan paham sangat. so, gua memulakan research gua dengan baca-baca sikit kat internet, usha-usha belog orang lain yang pernah buat benda entri pasal ni dan tanya-tanya orang yang lebih arif pasal benda ni.

ok, kita mulakan sekarang.

__________________________________

ADSENSE

1.  Adsense ni under Google kepada sesiapa yang tak tahu.
2.  setakat ni gua rasa ni yang paling famous kat dunia sebab kebanyakan web-web pakai Adsense.
3.  bila dah famous, maknanya bangak advertisers yang guna benda ni, so macam-macam jenis iklan boleh keluar dekat belog lu orang.

NUFFNANG

1.  start pada Feb 2007. dicipta oleh graduan dari UK.
2.  memang Adsense paling popular tapi kalau di kalangan beloger-beloger kat luar sana, diorang lagi prefer guna nuffnang.
3.  dalam 84.76% belog yang gua lawat ada nuffnang. ok gua tipu. gila apa gua nak kira-kira percentage dia. the point is memang ramai beloger yang pakai nuffnang berbanding Adsense.
4.  nuffnang menawarkan macam-macam function. contoh lu orang boleh tengok trafik belog, buat survey dan satu lagi, nuffnang ni banyak buat kempen-kempen yang lu orang boleh join.

PROs and CONs

1.  Adsense kalau lu orang sekali klik, duit yang lu orang dapat tu dalam nilai USD. ehh silap. bukan lu orang yang dapat, tuan punya site tu la.
2.  macam gua cakap tadi, ramai yang menunggu untuk letak iklan diorang kat belog lu orang kalau guna Adsense. perasan tak yang iklan-iklan macam ni berada di mana-mana?


3.  iklan-iklan Adsense ni kalau orang putih cakap, easy to install.
4.  TETAPI, lu orang bayangkan, kalau lu orang nak ambik cek dari Adsense, memang lama ahh nak dapat. sebabnya, diorang nak hantar cek tu memang jauh la. mahu berminggu-minggu nak kena tunggu.
5.  Adsense ni banyak memberi kelebihan kepada belog yang guna bahasa perantaraan english. kira macam berat sebelah la.
6.  syarat-syarat kat Adsense ni agak ketat. ini tak boleh, itu tak boleh. leceh jugak sebenarnya.
7.  kalau nuffnang,  lu orang boleh tulis-tulis atas iklan tu. ‘Feel free to click’ la, ‘Kopi percuma’ la, apa la. macam-macam boleh tulis.
8.  kalau Adsense, boleh kena ban.
9.  kalau tiba-tiba hati lu orang rasa mulia nak tolong spam nuffnang member lu orang, takde hal. boleh aje. tapi kalau Adsense, memang dilarang sama sekali.
10. iklan-iklan nuffnang ni selalunya menarik. animation.
11. kalau nak ambik cek pown senang jugak.
12. TETAPI bagi yang baru-baru lagi dengan nuffnang, iklan dia jarang-jarang keluar. mungkin untuk menguji kesetiaan kot. mungkin la. tak percaya, cuba sendiri.

 __________________________________

so, kesimpulannya, lu orang fikir sendiri mana yang terbaik untuk belog lu orang. sebenarnya gua takde la arif sangat benda-benda ni. gua pown ambik masa yang lama jugak untuk  faham benda-benda ni. tapi at least gua harap lu orang dapat la jugak satu dua info yang berguna. lagi satu, ini semua pendapat gua je. bukan untuk mengutuk mana-mana pihak. dua-dua ni memang best. banyak berbakti kepada beloger-beloger sebab disamping menulis, dapat jugak buat duit. terima kasih semua! anda memang terbaik. *agak-agak nuffnang nak bagi gua duit lebih tak bila dah puji macam tu? jap jap. sebenarnya ada lagi satu, Adverlets. tapi yang tu memang haram gua tak tahu apa-apa. mana-mana yang tahu tu dah boleh terangkan kat gua pulak.


gua pown ada tiga hinggit je.

9 comments:

Markjue said...

nice information anyway dont forget to checkout my blog at http://markjue92.blogspot.com I'm following u

MéuzAngelo™ XXIII said...

pasal advertlets tuh aku rase lagi senang gune berbanding nuffnang.. nuffnang kalo nak dapat duit orang kene klik iklan tuh.. tapi kat advertlets stakat orang kunjung blog ko, then nmpk iklan tuh, dh dpt sikit.. tapi sikit sgt la.. tu kire berbaloi gak r sbb kalo dah sejuta yg kunjung belog ko, mcm mne? (0.001 * 1000000..
aku rase la.. mane tau info aku ni salah ke..

balada jiwa saya said...

weh L.O.V.E
yang aku tak faham.
Macamana kita boleh dpt duit.
Org klik banner nuffnang ke.
atau org join baru kita dpt.
Tak nampak pun banner apa2. kat blog ni
tapi kat gambar kau. dah ada 3rggt.
Aku nama je jadi blogger dah lama. Tp tatau pasal apa pon. ahha

balada jiwa saya said...

aku nak try advertlets tu weh. cemana nak sign up.

nand nasyari said...

aku nye baru dua hengget stengah je..hak3 :P

afiq ohh afiq said...

paten : kalau orang datang pastu klik baru dapat duit.. blog aku jarang kuar banner sebab kira macam baru2 lagi.. kan da cakap atas tu.. ishh, gigit kang.. haha.. cuba try tengok belog2 yang femes2.. banner nuff diorang sentiasa ada..

meuz : itu kalau sejuta yang dtg, aku punya memang x ahh kan..

MéuzAngelo™ XXIII said...

ade sebab iklan kadang2 ade kadang2 xde.. mcm biskot chipsmore..
sbb ikot campaign iklan gak.. cube igt balek mase mule2 korang daftar nuffnang.. ade isi survey kan?
kalo target visitor ko student2, iklan yg tuk student2 je la kuar.. tu pun kalo ade campaign iklan tu mase tuh..
mase isi survey tu ade gak dia tnye iklan mcm mne korang nak..
kalo iklan yg korang nak tu xde org nak buat, so xde la..
paham x?

afiq ohh afiq said...

oo ye ke? tapi aku tengok kat belog femes2, yang da lama beloging, konfem iklan diorang doplopat jam ada? cmner lak tuh?

MéuzAngelo™ XXIII said...

si pengiklan akan lebih pilih blog yg feymes2.. mase blog ko dibuke dek visitor2 ni, nuffnang dpt la detect.. pastu, mase org bukak blog ko ni, iklan ape yg kuar mase tuh.. dia detect gak..

aku rase baik ko tgk balik kat FAQ nuffnang..

Post a Comment

ish buat susah susah lu orang aje