hari ni gua sakit perut, so gua memang tak larat pergi kelas. gua jalan sikit rasa nak terkeluar, jalan sikit rasa nak terkeluar. kalau gua pergi kelas lepas tu terkeluar, siapa nak jawab? so gua bukak buku belajar sendiri dalam bilik. alaah, kalau gua pergi pown bukan gua paham sangat.
ok cukup pasal ponteng kelas. gua nak cerita pasal satu insiden yang pernah berlaku kat gua masa gua masih lagi budak-hingusan-yang belum-kenal-dunia. tak silap gua masa tu gua tingkatan tiga.
______________________________
PMR dah dekat. standard la kan PMR, semua sibuk nak belajar kasi dapat 8A 9A biar dapat masuk sekolah asrama. masa tu gua bercita-cita tinggi nak jadi doktor, so gua target nak masuk mana-mana sekolah sains. tak nak gua sekolah lama-lama kat sekolah gua masa tu. oh ya, gua sekolah dekat Victoria Institution. masuk pakai kabel sebab UPSR gua sedang-sedang sahaja. masa tu otak gua bersih. belajar memang senang paham. sekarang? haram.
gua pown study punya study punya study bagai nak rak. kadang-kadang gua pergi perpustakaan kuala lumpur buat study group kat sana. ingat ye, masa tu otak gua suci. pergi memang niat nak belajar bukan nak usha-usha awek sekolah convent bukit nenas ke, awek methodist girl school ke, apatah lagi bukan untuk mencari gaduh dengan pelajar sekolah lain.
nak dijadikan cerita, satu hari ni gua dengan member gua je yang study kat situ. bila agak-agak otak dah tepu dah tak boleh nak belajar, gua suggest kat member gua ajak balik. lu orang tahu Masjid Jamek? alaaa, dekat-dekat dengan tempat bila-nak-raya-perempuan-permpuan-suka-pergi-shopping-tudung-dengan-baju-raya tu. jangan tibu la kalau cakap tak tahu. gua nak pergi ambik Putra LRT kena lalu depan masjid tu. tapi time tu memang gua rasa semacam. rasa lengang je jalan tu hari tu.
tiba-tiba ada dua orang brader tepuk bahu gua dari belakang. gua kaget sekejap. sekejap je.
Brader A : dik, boleh tolong abang tak? abang nak pinjam 2 hinggit laa..
Gua : sori la bang, saya naik tren ni pown pakai pas bulanan je bang.
Brader B : alaa,duit belanja takkan takde dik?
Member gua : kitorang pown bawak bekal je bang pergi sekolah.
pujuk punya pujuk, member gua pown hulu 2 hinggit. gua dengan member gua bla lepas tu. tiba-tiba brader tu panggil lagi.
Brader A : dik, 2 hinggit tak cukup ahh dik.
Gua : aii? tadi kata nak dua ringgit je.
Brader A : ini untuk abang sorang je. tu member-member abang pown nak jugak.
TASSS! gua sentap. gua toleh belakang ada lagi tiga orang kutu-kutu rayau yang gua saspek memang member brader dua ekor ni.
Member gua : kitorang dah takde duit bang.
Brader B : haa, takpe takpe. dik, bagi pinjam henpon jap, ada emergency.
ZASS! gua tersentap lagi. sah dia nak rempat henpon pulak.
SAPP!
brader B dah peluk bahu gua. brader A pown dah pegang member gua. gua masa tu memang banyak tengok cerita-cerita aksi yang standard sorang-bantai-sepuluh-orang-tapi-lepas-tu-calar-sikit-je. gua pown rilek. member gua dah jerit-jerit mintak tolong.
HAAA! ni yang gua menyirap. bukannya tak ada orang lalu langsung, ada la jugak lima enam orang, tapi sorang pown buat tak nampak. CILAKA! cuba kalau brader-brader tu ada pisau ke apa ke, tak kena tikam kitorang kat situ? gua dah hilang sabar, gua pown jerit “BERTUKAR” lalu gua bantai brader-brader tu. ok itu tipu. gua time tu badan memang kecik je. comel je. gua pown main pusing-pusing sampai gua terlepas dari brader tu. member gua pown sama. po laie? cabut laa. gua lari dah tak toleh-toleh belakang dah.
______________________________
gua teringat balik sebab member gua cerita henpon dia kena rembat. member gua eksiden motor minggu lepas. elak kucing punya pasal. last-last kucing tu mati jugak. member terbaring atas jalan. sat lagi ada brader ni datang tolong. brader tu mintak henpon member gua nak call orang. member gua tengah sakit, so bagi je la. pung pang pung pang pung pang, brader tu bla dengan henpon tu sekali. tak ke sial namanya tu? nasib baik brader tu ada tolong jugak sikit-sikit. kira henpon tu upah dia tolong laa.
itu kalau gua ingat balik, gua memang menyirap. boleh la brader tu nak buli-buli gua time tu. time tu kotak kondom jenama “Playsafe” pown gua ingat mainan. standard macam tora dengan ding dang tu. memang tak kenal dunia lagi. kalau sekarang gua dah matang sikit, separuh mati brader dua orang ekor tu gua kerjakan.
gua ingat ini macam Ding Dang ke, Tora ke, Jojo ke.
11 comments:
tapi kotak die cam tora je....
Khaizarien @ atie Blog
taw xpe.. haha..
huh payah kan ada golongan gitu :)
hakhak..ade ek kotak cam tu.. macam ding dang dah..huhu
apelah ko nieh..cite ape pon aku xpaham..haha
haha.. aku pown tataw nand.. aku da xde benda nak tulis..
hahaha.. citer ko penah bgtau.. citer ko ni mmg kesah benar, xde goreng2.. haha
semua dalam ni pown kisah benar dowh.. haha..
haha gile lah!
Aku tak pernah jumpa la plak kotak PlaySafe tu.
Sekarang ko selalu beli x?
Muahahaha :D
"gua time tu badan memang kecik je. comel je. gua pown main pusing-pusing sampai gua terlepas dari brader tu"
skrg pon bdan kau kecik je lagi kot frog~
haha :D
Post a Comment
ish buat susah susah lu orang aje