kembali bekerja.

Wednesday, December 30, 2009

nurul afifah, nabila arifah dan najwa aqilah.


kali ni gua nak cerita pasal heroin-heroin rumah gua. mak gua seorang cikgu. cikgu sekolah menengah. mak gua juga seorang pemeriksa kertas SPM. ekonomi asas. so,setiap kali hujung tahun macam ni, mak gua konfem sibuk menanda kertas budak-budak SPM. nak menanda bukan senang, nak kena mengadap benda tu 18 jam sehari bak kata mak gua. senang cakap memang sibuk betul lah.
________________________
kalau dulu, gua dengan bapak gua hidup macam orang bujang. tak pernah makan kat rumah. sarapan mamak, lunch mamak, dinner mamak, supper mamak. mamak kat bangsar ni dah macam rumah kedua gua dengan bapak gua bila hujung-hujung tahun macam ni. tidur pulak kat ruang tamu sebab mak gua menanda dalam bilik. kononnya taknak diganggu. rumah pown style macam rumah-rumah bujang. baju tak berlipat, pinggan tak berbasuh, rumah tak berkemas dan seantaro dengannya. last-last gua jugak kena buat semua. adik gua semua pemalas. cilaka.
tapi itu dulu.
sekarang, adik-adik perempuan gua semua dah naik pangkat dari ‘budak-budak- yang-hingus-pown-mak-bapak-tolong-lapkan’ ke pangkat ‘anak-anak-dara’. gua dengan bapak gua dapat menghela nafas lega sebab dah tak payah membazir duit makan kat mamak. rumah pown dah tak bersepah. dah pandai bahagi-bahagi kerja mengemas. dulu gua punyalah maki-maki dalam hati sebab adik beradik semua perempuan tapi sorang pown tak boleh harap. pe cer? tapi sekarang, gua nak makan apa gua order je. semua adik gua boleh kasi settle. dari nasi tomato, nasi paprik, tomyam, hinggalah segala jenis ayam dan macam-macam lagi. gua? telur dadar pown hangus.
p/s : gua ingat gua nak bagi upah coki-coki untuk adik-adik gua.

Sunday, December 20, 2009

bapak gua seorang juruteknik.


Nama ayah saya Abdul Samad. Ayah saya lahir pada 7 Ogos 1962. Beliau sekarang berumur 47 tahun dan berasal dari Rengit, Batu Pahat. Ayah saya bekerja sebagai seorang juruteknik Keretapi Tanah Melayu Berhad atau lebih dikenali sebagai KTMB. Beliau jugalah yang menyarankan saya supaya menjurus masuk ke bidang kejuruteraan elektrik kuasa. Ayah saya seorang yang amat meminati bidang elektrik. Kami jarang-jarang menghantar perkakas elektrik di rumah saya yang rosak ke mana-mana kedai elektrik untuk dibaiki. Ini kerana ayah saya berkebolehan untuk membaiki perkakas-perkakas tersebut dengan berbekalkan kemahiran dan pengetahuannya di dalam bidang ini. Saya sayang dan bangga dengan ayah saya.
_______________________________
sejak dua menjak gua masuk degree ni, gua ada ambik subjek Circuit Analysis. subjek ni dia ajar pasal basic-basic elektrik. dulu lu orang ingat tak masa kecik-kecik,mesti mak bapak lu orang pernah tetiba suruh lu orang baca sifir lapan ke sifir sembilan kuat-kuat? nak test tengok lu orang dah hafal ke belum. bayangkan gua alami kitar hidup tu sekali lagi. kejap-kejap bapak gua tanya formula ni,kejap-kejap formula tu. sekarang ni topik perbualan gua dengan bapak gua banyak berkisar tentang circuit terminology,rule-rule yang berkaitan dan banyak lagi benda yang gua tak paham tapi buat-buat paham. kadang-kadang gua pelik jugak,bukan bapak gua dulu belajar dalam bahasa melayu ke? ada dua tiga kali gua tengah blur-blur baru bangun tidur dah nampak bapak gua tunggu gua kat meja study gua yang tak berkemas sebab gua study dulu sebelum tidur. gua saspek ni mesti bapak gua nak tegur pasal jawapan-jawapan assignment gua yang salah. sangkaan gua memang tepat. gua ingat lepas ni konfem subjek ni gua score. kalau gua tak score mahunya gua kena perambat dengan bapak gua. gua harap-harap tak la.

Thursday, December 17, 2009

handphone, kereta, handphone lagi dan laptop.


hoi!
lu ingat gua lagi tak? kalau lu tak ingat, meh sini gua kasik tolong ingatkan.lu ingat lagi henpon yang lu bawak pergi sekolah pebende entah kat Muar dulu? gua la tu.lu bukan main lagi ehh masa zaman sekolah dulu. lu dah tahu lu sekolah asrama,yang lu bawak jugak gua kenapa?lu kalau reti pakai gua cover-cover tak apa.ini tak.bila dah kantoi dengan warden,tengok apa jadi kat gua sekarang? gua sampai sekarang tak boleh terima yang lu tak berusaha halang warden lu masa dia campak gua kat jalan tar yang tak sampai seminggu baru turap. bersepai bro bersepai!
===============================================
hoi balik!
laaa,lu hidup lagi rupanya.bukan gua dah tolak lu kat kedai Ah Pong kat Jalan Pudu ke? penat gua kencing Ah Pong cakap lu elok lagi.kena repair-repair sikit je.dapat la jugak rm30.tapi kan,yang lu nak ungkit-ungkit kisah lama apahal? itu semua bukan salah gua, salah lu jugak.dah tahu warden gua nak buat spotcheck, yang lu tak reti nak silentkan diri sendiri tu kenapa? takkan itu pown gua nak kena buatkan.lagi satu,gua tak sanggup kena lempang dengan warden gua sebab halang dia hempas lu kat tanah.apa lu gila?


______________________________________________
salam,
nama aku wira.alaaa,kereta yang kau naik hari-hari pergi balik uniten.aku bukan apa,aku just  nak komplen pasal penjagaan kebersihan aku selama ni.yang kau pemalas sangat nak cuci aku tiap-tiap minggu apahal? aku tak boleh kotor-kotor ni.rimas weh rimas.so sekarang ni aku mintak jasa baik kau rajin-rajin la basuh aku tiap-tiap minggu.kau tak segan ke bawak aku kotor-kotor? tak market la brader.
=============================================== 
salam kembali,
ya ya ya ya.aku tahu aku pemalas.tapi aku pemalas bukan sebab aku sengaja.aku sibuk ok.sibuk.kau nak membebel tak tentu pasal kenapa? bukannya aku tak isi minyak kau pown.aku isi full tank bro tiap-tiap 1.5 minggu.takkan itu pown tak bersyukur.lagi satu,kau tak payah nak cakap pasal market tak market.orang sekarang tak tengok kereta dah.orang sekarang tengok siapa pemandu kereta tu.ada faham?


 ______________________________________________
hye,
u,u ingat i lagi tak? alaaa,i handphone lama u yang kena rembat sebab u tidur mati kat apartment u dulu.tak ingat ke?u taw tak yang i rindu sangat kat u.i teringat masa dulu-dulu i selalu jadi orang tengah masa u nak ayat-ayat gadis guna sms.taknak ramai pulak gadis-gadis yang berebut-rebut mintak number u dulu.penat i nak layan diorang semua.hihi.u ingat kan? some more masa u boring-boring dulu,u selalu dengar lagu guna i.tapi kenapa u dah tak cari i?u dah tak sayang i ke? jawab jawab!
=============================================== 
hye semula,
u! mana u menghilang selama ni?penat i cari u selama ni.masuk hari ni,dah tujuh bulan 14 hari i cari u.non stop ok! i pown masih termimpi-mimpi saat-saat bahagia kita dulu.haa,ni yang rasa nak tacing nih.u,i nak u bagitaw kat i siapa sebenarnya yang rembat u masa i tidur tu.i memang dah lama menyimpan perasaan dendam dan amarah kat barua yang rembat u tu.i nak u balas cepat-cepat.i dah tak sabar ni!


______________________________________________
Assalamualaikum,
nama saya compaq.saya sebenarnya laptop anda kalau anda tak ingat.saya tulis ni dengan niat yang baik.bukan untuk menyinggung mana-mana pihak.kalau tak silap saya,ayah anda belikan saya atas tujuan untuk memudahkan pembelajaran anda.tapi setakat ni saya tengok anda banyak menggunakan saya sekadar untuk hiburan.facebook lah,myspace lah,ini lah, itu lah,red**** lah,apa lah.mana janji-janji anda untuk menggunakan saya dengan sebaik-baiknya? saya sangatlah kecewa dengan sikap anda ni.tapi tak mengapa,manusia sering melakukan kesilapan.mulai sekarang,saya harap anda mula berubah.gunakan saya untuk tujuan belajar,bukannya untuk benda yang tidak bermanfaat.sekian,wassalam.


*gua tak tahu nak balas apa.

Monday, December 14, 2009

z-land.


zombieland adalah sebuah filem yang harus ditonton.bagi peminat-peminat cerita-cerita bergenre komedi seram,muvi ni memang harus ada dalam senarai ‘must-watch-movies’ anda.gua dah tengok tadi.memang boleh tahan.
oh ya,muvi ni 18++ dan gua tak disuruh menunjukkan i.c. masa gua tengok muvi ni.mungkin diorang dah cuak sebab gua gertak nak bakar gsc alamanda tu kot.gua rasa la.
p/s : gua sedikit sibuk sejak dua menjak ni.so gua kurang idea nak buat entri panjang-panjang.siapa-siapa ada idea?

Wednesday, December 2, 2009

gua nak letupkan gsc alamanda.nak ikut?

dalam sejarah hidup gua sejak darjah dua gua tengok wayang,tak pernah ada orang mintak i.c. masa gua nak masuk panggung sebab tengok cerita 18++.apahal tadi gua nak tengok Ninja Assassin lu orang sibuk-sibuk mintak i.c. gua?ini mesti sebab gua bawak member gua yang dari jauh nampak macam budak form 2 ni.probably la.