kembali bekerja.

Wednesday, December 30, 2009

nurul afifah, nabila arifah dan najwa aqilah.


kali ni gua nak cerita pasal heroin-heroin rumah gua. mak gua seorang cikgu. cikgu sekolah menengah. mak gua juga seorang pemeriksa kertas SPM. ekonomi asas. so,setiap kali hujung tahun macam ni, mak gua konfem sibuk menanda kertas budak-budak SPM. nak menanda bukan senang, nak kena mengadap benda tu 18 jam sehari bak kata mak gua. senang cakap memang sibuk betul lah.
________________________
kalau dulu, gua dengan bapak gua hidup macam orang bujang. tak pernah makan kat rumah. sarapan mamak, lunch mamak, dinner mamak, supper mamak. mamak kat bangsar ni dah macam rumah kedua gua dengan bapak gua bila hujung-hujung tahun macam ni. tidur pulak kat ruang tamu sebab mak gua menanda dalam bilik. kononnya taknak diganggu. rumah pown style macam rumah-rumah bujang. baju tak berlipat, pinggan tak berbasuh, rumah tak berkemas dan seantaro dengannya. last-last gua jugak kena buat semua. adik gua semua pemalas. cilaka.
tapi itu dulu.
sekarang, adik-adik perempuan gua semua dah naik pangkat dari ‘budak-budak- yang-hingus-pown-mak-bapak-tolong-lapkan’ ke pangkat ‘anak-anak-dara’. gua dengan bapak gua dapat menghela nafas lega sebab dah tak payah membazir duit makan kat mamak. rumah pown dah tak bersepah. dah pandai bahagi-bahagi kerja mengemas. dulu gua punyalah maki-maki dalam hati sebab adik beradik semua perempuan tapi sorang pown tak boleh harap. pe cer? tapi sekarang, gua nak makan apa gua order je. semua adik gua boleh kasi settle. dari nasi tomato, nasi paprik, tomyam, hinggalah segala jenis ayam dan macam-macam lagi. gua? telur dadar pown hangus.
p/s : gua ingat gua nak bagi upah coki-coki untuk adik-adik gua.

7 comments:

MAYisabeau said...

skang mesti kau dah tau sape paling cilaka dalam umah kau an..haha...!

f.a.r.a.h said...

haha. patot la kau kutuk adik kau je.

nand nasyari said...

aku nk spegeti bole x..? order kan..ahahah..

farisha said...

hahahaha.mengong!plg cilaka lah kau skrg en.bls blk! haha

afiq ohh afiq said...

aku malas sebab busy.. haha..

jaja karen said...

hahahaha.

MéuzAngelo™ XXIII said...

ko kalo datang uniten suruh r adek2 ko masakkan sumting tuk ktorg kat uniten ni..
haha

Post a Comment

ish buat susah susah lu orang aje