kembali bekerja.

Sunday, December 20, 2009

bapak gua seorang juruteknik.


Nama ayah saya Abdul Samad. Ayah saya lahir pada 7 Ogos 1962. Beliau sekarang berumur 47 tahun dan berasal dari Rengit, Batu Pahat. Ayah saya bekerja sebagai seorang juruteknik Keretapi Tanah Melayu Berhad atau lebih dikenali sebagai KTMB. Beliau jugalah yang menyarankan saya supaya menjurus masuk ke bidang kejuruteraan elektrik kuasa. Ayah saya seorang yang amat meminati bidang elektrik. Kami jarang-jarang menghantar perkakas elektrik di rumah saya yang rosak ke mana-mana kedai elektrik untuk dibaiki. Ini kerana ayah saya berkebolehan untuk membaiki perkakas-perkakas tersebut dengan berbekalkan kemahiran dan pengetahuannya di dalam bidang ini. Saya sayang dan bangga dengan ayah saya.
_______________________________
sejak dua menjak gua masuk degree ni, gua ada ambik subjek Circuit Analysis. subjek ni dia ajar pasal basic-basic elektrik. dulu lu orang ingat tak masa kecik-kecik,mesti mak bapak lu orang pernah tetiba suruh lu orang baca sifir lapan ke sifir sembilan kuat-kuat? nak test tengok lu orang dah hafal ke belum. bayangkan gua alami kitar hidup tu sekali lagi. kejap-kejap bapak gua tanya formula ni,kejap-kejap formula tu. sekarang ni topik perbualan gua dengan bapak gua banyak berkisar tentang circuit terminology,rule-rule yang berkaitan dan banyak lagi benda yang gua tak paham tapi buat-buat paham. kadang-kadang gua pelik jugak,bukan bapak gua dulu belajar dalam bahasa melayu ke? ada dua tiga kali gua tengah blur-blur baru bangun tidur dah nampak bapak gua tunggu gua kat meja study gua yang tak berkemas sebab gua study dulu sebelum tidur. gua saspek ni mesti bapak gua nak tegur pasal jawapan-jawapan assignment gua yang salah. sangkaan gua memang tepat. gua ingat lepas ni konfem subjek ni gua score. kalau gua tak score mahunya gua kena perambat dengan bapak gua. gua harap-harap tak la.

7 comments:

jaja karen said...

pergh. macam bapak kau semangat belaja lebih dari kau. baguslah mcm tu kan. hehe

afiq ohh afiq said...

ha'ah.. tu la pasal.. haha..

BajuKurung said...

hrp2 kne perambat la.. :P

nand nasyari said...

ok r tu..da de tutor free..
xyah masok tutorial pon kompem leh score..ahaha

afiq ohh afiq said...

memang aku dah xyah gi tutor la lepas ni.. haha..

MéuzAngelo™ XXIII said...

bapak ko dh boleh apply jd lecturer kat uniten ni..

kalo ko jd student dia, sure dpt carry mark tinggi2.. haha

bonekagedix said...

bapak , terbaikk lahh :D

Post a Comment

ish buat susah susah lu orang aje