kembali bekerja.

Thursday, December 17, 2009

handphone, kereta, handphone lagi dan laptop.


hoi!
lu ingat gua lagi tak? kalau lu tak ingat, meh sini gua kasik tolong ingatkan.lu ingat lagi henpon yang lu bawak pergi sekolah pebende entah kat Muar dulu? gua la tu.lu bukan main lagi ehh masa zaman sekolah dulu. lu dah tahu lu sekolah asrama,yang lu bawak jugak gua kenapa?lu kalau reti pakai gua cover-cover tak apa.ini tak.bila dah kantoi dengan warden,tengok apa jadi kat gua sekarang? gua sampai sekarang tak boleh terima yang lu tak berusaha halang warden lu masa dia campak gua kat jalan tar yang tak sampai seminggu baru turap. bersepai bro bersepai!
===============================================
hoi balik!
laaa,lu hidup lagi rupanya.bukan gua dah tolak lu kat kedai Ah Pong kat Jalan Pudu ke? penat gua kencing Ah Pong cakap lu elok lagi.kena repair-repair sikit je.dapat la jugak rm30.tapi kan,yang lu nak ungkit-ungkit kisah lama apahal? itu semua bukan salah gua, salah lu jugak.dah tahu warden gua nak buat spotcheck, yang lu tak reti nak silentkan diri sendiri tu kenapa? takkan itu pown gua nak kena buatkan.lagi satu,gua tak sanggup kena lempang dengan warden gua sebab halang dia hempas lu kat tanah.apa lu gila?


______________________________________________
salam,
nama aku wira.alaaa,kereta yang kau naik hari-hari pergi balik uniten.aku bukan apa,aku just  nak komplen pasal penjagaan kebersihan aku selama ni.yang kau pemalas sangat nak cuci aku tiap-tiap minggu apahal? aku tak boleh kotor-kotor ni.rimas weh rimas.so sekarang ni aku mintak jasa baik kau rajin-rajin la basuh aku tiap-tiap minggu.kau tak segan ke bawak aku kotor-kotor? tak market la brader.
=============================================== 
salam kembali,
ya ya ya ya.aku tahu aku pemalas.tapi aku pemalas bukan sebab aku sengaja.aku sibuk ok.sibuk.kau nak membebel tak tentu pasal kenapa? bukannya aku tak isi minyak kau pown.aku isi full tank bro tiap-tiap 1.5 minggu.takkan itu pown tak bersyukur.lagi satu,kau tak payah nak cakap pasal market tak market.orang sekarang tak tengok kereta dah.orang sekarang tengok siapa pemandu kereta tu.ada faham?


 ______________________________________________
hye,
u,u ingat i lagi tak? alaaa,i handphone lama u yang kena rembat sebab u tidur mati kat apartment u dulu.tak ingat ke?u taw tak yang i rindu sangat kat u.i teringat masa dulu-dulu i selalu jadi orang tengah masa u nak ayat-ayat gadis guna sms.taknak ramai pulak gadis-gadis yang berebut-rebut mintak number u dulu.penat i nak layan diorang semua.hihi.u ingat kan? some more masa u boring-boring dulu,u selalu dengar lagu guna i.tapi kenapa u dah tak cari i?u dah tak sayang i ke? jawab jawab!
=============================================== 
hye semula,
u! mana u menghilang selama ni?penat i cari u selama ni.masuk hari ni,dah tujuh bulan 14 hari i cari u.non stop ok! i pown masih termimpi-mimpi saat-saat bahagia kita dulu.haa,ni yang rasa nak tacing nih.u,i nak u bagitaw kat i siapa sebenarnya yang rembat u masa i tidur tu.i memang dah lama menyimpan perasaan dendam dan amarah kat barua yang rembat u tu.i nak u balas cepat-cepat.i dah tak sabar ni!


______________________________________________
Assalamualaikum,
nama saya compaq.saya sebenarnya laptop anda kalau anda tak ingat.saya tulis ni dengan niat yang baik.bukan untuk menyinggung mana-mana pihak.kalau tak silap saya,ayah anda belikan saya atas tujuan untuk memudahkan pembelajaran anda.tapi setakat ni saya tengok anda banyak menggunakan saya sekadar untuk hiburan.facebook lah,myspace lah,ini lah, itu lah,red**** lah,apa lah.mana janji-janji anda untuk menggunakan saya dengan sebaik-baiknya? saya sangatlah kecewa dengan sikap anda ni.tapi tak mengapa,manusia sering melakukan kesilapan.mulai sekarang,saya harap anda mula berubah.gunakan saya untuk tujuan belajar,bukannya untuk benda yang tidak bermanfaat.sekian,wassalam.


*gua tak tahu nak balas apa.

7 comments:

jaja karen said...

"orang sekarang tak tengok kereta dah.orang sekarang tengok siapa pemandu kereta tu.ada faham?"


pergh. fakta kot.!! frog memang MARKET HABES~ haha :P

afiq ohh afiq said...

jgn cakap kuat2.. haha..

farisha said...

kasik tgk seket sapa pemandu wira kotor tuh? hahahaha.market doh!

BajuKurung said...

Redtube? ahaks.. gua tlg kwn2 lu phm ****

afiq ohh afiq said...

oi.. penat gua censored.. haha..

farah said...

asal kau ta jawab compaq kau. haha

Apiz Morinho said...

da boleh bgi aku kreta kau..bia aku jage~

x lme lagi mesti jahanam cam barang2 lain..haha

Post a Comment

ish buat susah susah lu orang aje