kembali bekerja.

Thursday, October 22, 2009

diari seorang store manager

hari ini genap 3 hari sejak gua mula bekerja.mungkin disebabkan ini pengalaman pertama gua membanting tulang untuk mencari duit sendiri,gua rasa teruja untuk terus bekerja.gua tak faham kenapa member-member gua kata bekerja ni tak seronok.

tapi,ada jugak la yang kurang senang bagi gua.kalau tak,takde gua nak tulis kat sini.kerja gua berdiri terpacak selama lapan jam tunggu customer.haram kalau duduk.potong gaji.gua rasa lagi sebulan gua kerja,boleh keluar six pack.bukan kat perut tapi kat kaki.

disebabkan gua pekerja baru,gua akan digandingkan dengan seorang senior untuk memberi tunjuk ajar pada gua tentang selok belok kerja gua ni.dua hari sebelum ni memang ok sebab gua dapat mentor yang sporting dan peramah.tapi tadi gua digandingkan dengan seorang auwww.nasib baik gua tak ikut jadi macam dia lepas lapan jam terpacak berdiri sama-sama.elakkan di hari mendatang gua kena berganding dengan dia lagi.tak kuasa nyah!

gua nak tanya lu orang.muka gua muka budak-budak sangat ke?ada sorang gadis ni kat tempat kerja gua.masuk awal sehari dari gua.umur dia sebaya dengan gua.masa first day dia gelar diri dia ‘akak’.gua faham.lepas tu dia guna ‘saya awak’ lepas dapat tahu yang gua sebaya dengan dia.normal la tu.sejam dua lepas tu dia sambung melabel diri sendiri sebagai ‘akak’.entah bila abang gua kahwin dengan dia pun gua tak tahu.gua abang pun tak ada lah!

itu kalau ‘akak’.kalau yang tua sikit dari gadis tadi,semua nak gelar gua anak diorang.gua rasa bapak gua belum hilang akal lagi nak kahwin lain sorok-sorok.nak kena tomoi dengan mak gua,cubalah.


Saturday, October 17, 2009

puaka padang ragbi

lu orang kena pergi tengok cerita Papadom.memang terbaik.6 out of 5 stars.gua yang bila tengok muvee jadi hati batu pown mudah tersentuh.jalan cerita memang bagus.memang patut merangkul banyak award di FFM.dan Liyana Jasmay sangat comel bagi gua.lagu soundtrack diorang pown agak menarik.tapi gua cari-cari tak jumpa.lu orang boleh tolong carikan?

______________________________

oh ya,gua pergi tengok dengan family.tak perlu mengeluarkan duit langsung.

______________________________

dan satu lagi,gua berjaya mendapatkan jawatan sebagai store manager di sebuah emporium membeli-belah yang terkenal di ibu kota.mungkin selepas ini gua sedikit sibuk dan tak mempunyai masa untuk mengemaskini belog gua yang tak seberapa ini.

Thursday, October 15, 2009

sebulan poin lima

hari ini bermulalah perjalanan hidup gua sebagai ‘pelajar-yang-tengah-cuti-sem’.gua pun dah mula merangka modus operandi gua sepanjang tempoh sebulan poin lima yang bermula semalam.ada yang dah dijalankan dan ada yang masih dalam perangkaan.

-gua nak bantai main bowling tiga frame.gua dah buat semalam.ibu jari gua masih biru kemerah-merahan.yang penting gua menang.kalau tak menang takkan nak cerita kat sini pulak kan?

-gua nak berka-ra-oke.dah terlaksana jugak.member payung sepuluh lagu.apa ada hal? tersebut adalah playlist gua.

1. bahang asmara-gamma

2. biar putih tulang-dinamik

3. bidadari-meditasi

4. srikandi cintaku-bloodshed

5. mahligai syahdu-hattan

6. aku hanya serangga-bpr

7. kejoraku bersatu-search

8. senggol-senggolan-mas idayu

9. robek hatiku-mas idayu

10.cintaku 100%-mas idayu

ya,gua layan dangdut.

-gua nak cari kerja.gua dah target nak kerja MYDIN.gua dah siap taip resume dan gua dah pilih baju kemeja yang paling hensem untuk pakai masa apply kerja nanti.gua rasa gua boleh dapat sebab gua kenal supervisor mydin putrajaya.roommate gua kot dulu.sekarang dah kaya.tapi yang gua nak try bukan dekat mydin putrajaya tapi mydin masjid india.tapi boleh dapat jugak kot.

-gua nak tidur lambat bangun lambat hari-hari.masa tengah belajar mana dapat beb. tapi subuh tetap tak tinggal ye.

-gua nak hantar ambik mak gua pergi sekolah dia hari-hari.boleh ketis-ketis usha gadis kat sekolah tu.kalau dah sebulan lebih ulang alik situ takkan tak dapat satu pown kan?

-gua nak tolong mak gua tanda kertas periksa untuk Peperiksaan Akhir Tahun.mana-mana student mak gua yang baca blog ni,lu orang dah boleh tulis nombor telefon lu orang dekat kertas jawapan sebelum hantar.perempuan sahaja.lelaki kalau tulis jugak gua bagi fail terus.

-gua nak buat overtime dekat rumah.gua melantik diri sendiri sebagai guru tuisyen bertauliah kepada adik-adik gua.dapat la upah mengajar sikit-sikit.apa susah?gua bagi kerja banyak-banyak,lepas tu gua tengok tv.mudah bukan?

-akhir sekali,gua nak pergi bertapa kat gunung ledang bawah air terjun untuk meningkatkan lagi kuasa psychic gua supaya lain kali nak final exam gua dah boleh agak apa soalan dia.

___________________________________

tak lupa juga untuk gua muhasabah diri supay menjadi insan yang lebih berguna.terima kasih.

Monday, October 12, 2009

finale



Thursday, October 8, 2009

i wonder why

i wonder why.

for the past few days,i have this feeling that i am being unconditionally sensitive.i am starting to bring up stuffs that makes me feel as if i am just a ‘sms’ away for some person to loosen up their boredom by having a little chat eventhough i am so damn busy,for some person to release their hatred and anger to someone whom i hardly know,and even for some person to express their sadness towards their ‘repeatingly’ break-ups with their so called loved ones which i dont give a shit.but still,as a friend i am still aware that i have these responsibilities towards the ones in need.

however,in the end,as the malay proverb says,‘habis madu sepah dibuang’.i felt used.fuck.

________________________________

probably it is just because of the finals.