kembali bekerja.

Thursday, October 22, 2009

diari seorang store manager

hari ini genap 3 hari sejak gua mula bekerja.mungkin disebabkan ini pengalaman pertama gua membanting tulang untuk mencari duit sendiri,gua rasa teruja untuk terus bekerja.gua tak faham kenapa member-member gua kata bekerja ni tak seronok.

tapi,ada jugak la yang kurang senang bagi gua.kalau tak,takde gua nak tulis kat sini.kerja gua berdiri terpacak selama lapan jam tunggu customer.haram kalau duduk.potong gaji.gua rasa lagi sebulan gua kerja,boleh keluar six pack.bukan kat perut tapi kat kaki.

disebabkan gua pekerja baru,gua akan digandingkan dengan seorang senior untuk memberi tunjuk ajar pada gua tentang selok belok kerja gua ni.dua hari sebelum ni memang ok sebab gua dapat mentor yang sporting dan peramah.tapi tadi gua digandingkan dengan seorang auwww.nasib baik gua tak ikut jadi macam dia lepas lapan jam terpacak berdiri sama-sama.elakkan di hari mendatang gua kena berganding dengan dia lagi.tak kuasa nyah!

gua nak tanya lu orang.muka gua muka budak-budak sangat ke?ada sorang gadis ni kat tempat kerja gua.masuk awal sehari dari gua.umur dia sebaya dengan gua.masa first day dia gelar diri dia ‘akak’.gua faham.lepas tu dia guna ‘saya awak’ lepas dapat tahu yang gua sebaya dengan dia.normal la tu.sejam dua lepas tu dia sambung melabel diri sendiri sebagai ‘akak’.entah bila abang gua kahwin dengan dia pun gua tak tahu.gua abang pun tak ada lah!

itu kalau ‘akak’.kalau yang tua sikit dari gadis tadi,semua nak gelar gua anak diorang.gua rasa bapak gua belum hilang akal lagi nak kahwin lain sorok-sorok.nak kena tomoi dengan mak gua,cubalah.


5 comments:

Farisha said...

awet muda kauuu :)

Afzainizam said...

Salam dari kami http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Tahniah kerana anda berjaya buat permulaan dengan kerjaya anda... anda mesti bersemangat... walaupun gandingan anda seorang auuuuw.... tak kisahlah dia pun manusia juga... jangan kecilkan hati dia cukuplah...

bagi aku kerja ini menyeronokkan... dapat duit lagi seronok... cumaa klu dut dah habis tak seronok.. jaadi anda harus kerja rajin-rajin.. moga daatang keberkatan...

aku rasa ko awet muda lah,,, muka ko ni 10 taun tak makan tua kut... ape rahsianya tu... aku pun klu boleh nak muka muda remaja aje selalu... boleh test market lepas jadi muda ni...

apizz㋡ said...

haha afzainizam,
nak bodek store manager ke?

ok aku pon nak bodek kau jugak lah frogg.
FROG awek muda,
FROG hensem ada awek awww.

ok sila belanja dapat gaji nanti :D

BajuKurung said...

lu nk klem yg lu nmpak mude & jambu ke nie? hakhakhakhakhakhaktui..

nadya said...

terima la hakikat yang kau mmg nampak comel.
hahahaha. *nak pengeras*

Post a Comment

ish buat susah susah lu orang aje