kembali bekerja.

Thursday, October 15, 2009

sebulan poin lima

hari ini bermulalah perjalanan hidup gua sebagai ‘pelajar-yang-tengah-cuti-sem’.gua pun dah mula merangka modus operandi gua sepanjang tempoh sebulan poin lima yang bermula semalam.ada yang dah dijalankan dan ada yang masih dalam perangkaan.

-gua nak bantai main bowling tiga frame.gua dah buat semalam.ibu jari gua masih biru kemerah-merahan.yang penting gua menang.kalau tak menang takkan nak cerita kat sini pulak kan?

-gua nak berka-ra-oke.dah terlaksana jugak.member payung sepuluh lagu.apa ada hal? tersebut adalah playlist gua.

1. bahang asmara-gamma

2. biar putih tulang-dinamik

3. bidadari-meditasi

4. srikandi cintaku-bloodshed

5. mahligai syahdu-hattan

6. aku hanya serangga-bpr

7. kejoraku bersatu-search

8. senggol-senggolan-mas idayu

9. robek hatiku-mas idayu

10.cintaku 100%-mas idayu

ya,gua layan dangdut.

-gua nak cari kerja.gua dah target nak kerja MYDIN.gua dah siap taip resume dan gua dah pilih baju kemeja yang paling hensem untuk pakai masa apply kerja nanti.gua rasa gua boleh dapat sebab gua kenal supervisor mydin putrajaya.roommate gua kot dulu.sekarang dah kaya.tapi yang gua nak try bukan dekat mydin putrajaya tapi mydin masjid india.tapi boleh dapat jugak kot.

-gua nak tidur lambat bangun lambat hari-hari.masa tengah belajar mana dapat beb. tapi subuh tetap tak tinggal ye.

-gua nak hantar ambik mak gua pergi sekolah dia hari-hari.boleh ketis-ketis usha gadis kat sekolah tu.kalau dah sebulan lebih ulang alik situ takkan tak dapat satu pown kan?

-gua nak tolong mak gua tanda kertas periksa untuk Peperiksaan Akhir Tahun.mana-mana student mak gua yang baca blog ni,lu orang dah boleh tulis nombor telefon lu orang dekat kertas jawapan sebelum hantar.perempuan sahaja.lelaki kalau tulis jugak gua bagi fail terus.

-gua nak buat overtime dekat rumah.gua melantik diri sendiri sebagai guru tuisyen bertauliah kepada adik-adik gua.dapat la upah mengajar sikit-sikit.apa susah?gua bagi kerja banyak-banyak,lepas tu gua tengok tv.mudah bukan?

-akhir sekali,gua nak pergi bertapa kat gunung ledang bawah air terjun untuk meningkatkan lagi kuasa psychic gua supaya lain kali nak final exam gua dah boleh agak apa soalan dia.

___________________________________

tak lupa juga untuk gua muhasabah diri supay menjadi insan yang lebih berguna.terima kasih.

10 comments:

izza said...

lu mantap bro... semoga terlaksana la yer AFIQ! hahaa

afiq ohh afiq said...

tappp!
haha..

a r e s said...

frog, ko dh hbs finale kew wey?

afiq ohh afiq said...

sudah2..

a r e s said...

shit gler. pastu ko cuti bpe lme?

afiq ohh afiq said...

sebulan steng..

MAYisabeau said...

sejak bile lenka tukar mas idayu nih?

afiq ohh afiq said...

haha.. bila pulak aku minat llenka dowh.. aku universal.. layan sumer..

MASya said...

hang nk p ledang ble?
huhu

fabuLous fariSha said...

wah. plan terbaik.happy hols! nt da dpt awek kat skola mak kau tu roger2 la ea.haha

Post a Comment

ish buat susah susah lu orang aje