kembali bekerja.

Monday, August 31, 2009

tahun ni gua raya bersederhana

tahun ni raya gua tak akan sama seperti tahun-tahun sudah.gua dah lama fikir pasal perkara ni.memang sukar untuk gua buat keputusan sukar ni.tapi gua akan tetap teguh dengan keputusan gua.orang putih cakap,gua dah made up my mind.

______________________________________________

raya tahun ni gua akan letak jawatan gua sebagai Presiden ‘Gerakan Pengutip Duit Raya Rumah ke Rumah’ cawangan Kampung Parit Besar,Rengit.gua dah jumpa calon yang sesuai untuk mengambil alih tampuk pemerintahan gua.memang seorang yang berdedikasi.gua rasa dah tiba masa untuk gua move on.gua nak concentrate untuk final exam dua tiga minggu lepas raya.sem ni gua nak prepare awal-awal.

______________________________________________

raya jemput datang rumah.gua bagi sendiri duit raya dekat lu orang.tapi kalau lu orang datang pakai baju melayu ke baju kurung kaler merah,gua bagi lebih sikit sebab tahun ni family gua pilih tema warna merah.gua suggest polka dot tapi ditentang keras parents gua.tak meriah!


Tuesday, August 25, 2009

gua tengah sangap

gua balik terawih straight gerak devi's corner kat bangsar.double apple strawberry.13 hinggit pown 13 lah.janji puas.sangap.

itu bukan rokok gua;gua tengah nak stop

Monday, August 24, 2009

jangan sampai gua hilang sabar!

gua baru habis kelas calculus.jam henfon gua menunjukkan pukul 10 tepat dalam format digital.gua dengan member gua bergegas pergi selepas selesai sesi bersoal jawab pendek sebarang dua soalan dengan lecturer sebagai bukti yang gua menumpukan perhatian penuh dalam kuliah beliau tadi.kitorang terus gerak port budak-budak lepak sementara tunggu kelas berikutnya.tapi bila gua sampai,budak-budak lain tak kelihatan.ke kelas mungkin.gua dengan member gua ambil kesempatan ini untuk bertukar-tukar nota.masing-masing tekun menyalin nota-nota tambahan sambil berbual tentang isu-isu semasa dunia.berbincang tentang lauk berbuka semalam misalnya.

tapi bukan itu yang gua nak alkisah kan di sini.tengah rancak menulis nota,gua tercium bau roti canai kuah kari banjir dari sebelah kiri.gua toleh.gua rilek.gua tercium bau nasi lemak taruk telur goreng dari belakang.gua toleh.gua masih boleh bersabar.gua tercium bau mee goreng campur kuey teow dari sebelah kiri.gua toleh.gua masih tabah.ada brader hisap rokok hembus asap kepul-kepul depan gua.gua mula hilang sabar.gua nak aje cucuh rokok tu pada bibir brader tu.

gua tanya pendapat member gua dengan hati yang panas,‘lu tak panas ke tengok diorang ni tak hormat orang puasa macam kita?kalau ye pown nak makan,jangan la makan depan orang puasa.makan la tempat lain.baba betul!’.

‘ada ke orang main futsal kat kafeteria?’,member gua tanya balik kat gua dalam nada yang selamba.


Sunday, August 23, 2009

gua taknak kejadian sama berulang lagi

gua baru balik terawih dengan member gua.terawih gua sengaja pergi jauh-jauh.apa barang dekat-dekat.bukan apa,surau kat tempat gua selalu penuh.kejiranan gua memang islamik.minggu pertama memang penuh.minggu kedua potong separuh.minggu ketiga kalau ada 6 saf dah kira banyak.dahla penuh,sat lagi time gua nak khusyuk,budak-budak kecik yang hingus belum kering mulakan agenda diorang.semalam gua ambik langkah drastik.gua interview salah seorang dari budak-budak tu.

gua : adik datang surau ni nak terawih ke?

budak : bukan lah bang.saya datang nak main kejar-kejar dengan kawan-kawan jea.

gua : apasal tak main kejar-kejar depan rumah jea?

budak : apa barang bang.kalau sini best.kalau dah bosan,boleh main baling-baling selipar.

gua : ohh.

budak : jap bang,ada lagi.kat sini nanti boleh main mercun dengan kawan-kawan.

gua : ohh lagi.

budak : abang tanya banyak-banyak ni kenapa?

gua : nak tulis dalam belog.

budak : ohh.haa?

gua blah dengan hati yang agak panas meninggalkan budak tu terpinga-pinga.lagi panas bila budak-budak tu cakap diorang main baling selipar.gua tiba-tiba terkenang selipar asadi gua yang pernah hilang kat surau tu tahun lepas.tapi tak apa.gua dah lama maafkan.tapi yang paling gua tak tahan,part mercun tu.budak tu rilek jea tunjuk mercun-mercun dia kat gua dengan niat nak bagi gua jeles.sedikit pown x tercalit rasa cemburu la weyh!gua rasa kalau budak tu nak jadi pengebom berani mati pown dah cukup dengan mercun-mercun beliau.pakai baju melayu sebab banyak poket boleh isi mercun.tambah pulak pakai cargo pants poket sampai kat lutut kiri kanan.

gua balik rumah tengok adik-adik gua belum tidur.gua tanya,apahal tak tidur lagi?’.‘besok cuti’ jawab diorang serentak.gua tanya mak gua.dia pown cuti.gua kaget.besok gua cuti ke tak?ada kelas ke tak?gua tak nak kejadian lama berulang lagi.

________________________________________________________

kat selipar gua,gua dah tulis,siapa curik dia berdosa’.tengok budak-budak tu berani tak ambik selipar gua lagi kalau gua terawih kat situ.

Saturday, August 22, 2009

tunggu apa lagi?

Assalamualaikum semua.ya,kita bertemu lagi dalam sesi tazkirah bersama ustaz.hari ni ustaz ingin berkongsi sedikit sebanyak yang ustaz jumpa tentang solat sunat tarawih.

tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat.setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz,kerana adabnya istirahat sesudahnya.erti tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat.solat tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.

diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

ustaz nak share jugak sedikit info yang ustaz berjaya google pasal kelebihan solat tarawih.

1. Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

so,tunggu apa lagi?

Thursday, August 20, 2009

tazkirah bersama ustaz

Assalamualaikum.gua,ehh,ustaz orang baru kat sini;sila beri tunjuk ajar.


Alhamdulillah,bulan Ramadhan,bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan tiba lagi.bulan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.kedatangannya konfem menjanjikan peluang besar untuk umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan.di sini ustaz ingin berkongsi fadhilat-fadhilat puasa yang berjaya ustaz google.


"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa"

Surah Al Baqarah, ayat 183


“orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar"

Surah Al Ahzaab, ayat 35


Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."


Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


kelebihan-kelebihan puasa tak terhad macam kat atas tu je.banyak lagi weh!puasa sebenarnya satu proses yang memberi manfaat pada tubuh badan.contoh?kita berpeluang untuk merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun.bukan aje rehat,kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan 'dirinya' dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ni.jangan sahur makan megi buka pown makan megi.serupa rosak jugak organ-organ tuh kalau macam tu.


selain tu,berpuasa juga memberi peluang pada badan untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul dalam badan.pada peringkat awal berpuasa,kita sedar yang mulut akan berbau,peluh berbau,kulit kering bersisik,kulit rasa gatal-gatal,air kencing jadi pekat dan berbau,lidah rasa kelat dan sebagainya.ini sebenarnya petanda bahawa tubuh sedang membersihkan toksin dalam badan.


selain tubuh badan,puasa juga boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.selalunya pada bulan nilah kita rasa yang kekuatan dalam diri kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian.bagi mereka-mereka yang bekerja dengan menggunakan kekuatan fizikal, bulan Ramadhan pasti menguji ketahanan diri.bagi mereka yang mudah lemah semangat,kelebihan bulan Ramadhan ini perlulah digunakan untuk membina kekuatan diri.senang cakap,bulan Ramadhan memang memberi peluang yang luas untuk setiap umat Islam membina ketahanan diri.


kelebihan bulan Ramadhan dan amalan berpuasa tak terhad kepada individu aje,tapi takkan ustaz nak cerita semua.nanti sebulan puasa ustaz nak cerita apa?tauke belog dah pesan jangan curik tulang.so,ustaz akan bertemu lu orang,ehh silap,anda semua pada entri yang akan datang. ustaz memohon maaf andai ada terkasar bahasa.akhir kata,selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.Assalamualaikum.