Saturday, August 8, 2009
cuti part 1
Thursday, August 6, 2009
entri serius gua yang pertama
sejak gua kecik lagi,mak gua cakap gua spesel.bukan spesel yang istimewa tu.bukan.maksud gua,gua ada abiliti untuk membuat telahan tentang perihal yang bakal berlaku dengan hampir tepat.omputih panggil psychic;tahu?gua dah lama cuba meyakinkan rakan-rakan gua tentang perkara ni tapi mereka memperlekehkan gua mengatakan gua bermimpi di siang hari.gua bernasib baik kerana gua mempunyai keluarga yang memahami.hari ni,gua ada bukti kukuh yang jelas menunjukkan yang gua memang ada psychic.buktinya?uniten tempat gua belajar cuti start hari ni;menepati tekaan gua seminggu yang lalu.sekarang terpulang lu orang nak percaya ke tidak.
nota tambahan.
1. besok birthday bapak gua.siapa-siapa yang nak wish,boleh sampaikan kat gua.
2. ada apa dengan GI Joe?lu orang kena tengok sendiri kalau nak tahu.
3. gua sedar yang gua ada psychic sejak gua dapat teka yang bapak gua akan membebel sebab result gua macam bangsat 4 hari sebelum kejadian berlaku.tekaan gua tepat.time tu gua darjah 3.
Wednesday, August 5, 2009
mama saya mahu kawen
sebelum baca,gua mintak tolong lu orang doakan gua berjaya dalam usaha murni gua nih.gua ada usha sorang gadis semalam.ini di luar normal sebab gua x main usha-usha gadis nih.itu bukan gua yang lu orang kenal.tapi semalam terkecuali.gadis ni memang menambat hati gua.gua jatuh cinta pandang pertama.cukup sifat.sedap mata memandang. mata,hidung,telinga cantik terletak.memang dia jadi kegilaan lelaki-lelaki yang memandang.gua selidik;gua dapat tahu umur dia baru 16.malam tu gua suggest kat mak gua suruh masuk meminang.tapi mak gua bantah dengan lembut.katanya apa-apa hal tunggu dia habis sekolah dulu.gua redha.'you tunggu ye,nanti you dah habis sekolah,i hantar rombongan meminang'.
p/s : sorry la cassadee,lu jual mahal sangat masa gua nak usha lu.gua terpaksa cari lain.gua dah x tahan dah.padan sama muka lu.
mood : horny

