kembali bekerja.

Tuesday, March 2, 2010

ada apa pada nama?


masa muda-muda dulu mesti lu orang ada nama samaran kan? tak payah muda la, yang dah berumur pun kadang-kadang ada nama samaran atau senang cakap nickname. gua rasa benda ni bukan satu masalah sebab pada pandangan gua, nama-nama ni akan buat hubungan lu orang yang biasanya sesama kawan-kawan akan jadi lebih mesra. mesti la bagi nickname dekat kawan-kawan, takkan nak bagi kat parents pulak kan? nak makan pelempang try la.
gua ingat lagi masa sekolah. dari sekolah rendah lagi. dari tadika pun ada kot. macam-macam nama gua pernah dengar. tak kurang jugak nama-nama yang pelik-pelik. biasanya nama-nama ni akan diberi mengikut rupa luaran seseorang tu. ni gua nak share sikit antara nickname member-member gua yang gua masih ingat.
__________________________
yang badan besar sikit konfem orang akan panggil Mok, Debab, dan Bob. ini yang paling biasa la. yang rare sikit macam member gua. dia badan agak besar, kulit hitam-hitam manis. Sean Kingston terus. tak ada kompromi. yang badan kecik dah tentu panggil Kecik. adik gua yang darjah enam, orang panggil Kenit sebab badan dia kecik. yang tinggi pulak dah tentu panggil Panjang.


yang versi haiwan tak terlepas. contoh macam kalau gigi depan comel-comel je macam arnab orang panggil Tupai, Jo, Ang, dan yang paling latest, Halim bagi yang lelaki, Halimah bagi yang perempuan.  Ha.. Ha.. Halimah jongang~


ikut nama tempat asal pun tak kurang jugak. Rawang lah, PJ lah, Senai lah, apa lah. gua pun dah tak ingat sangat.
muka macam cina ke india sikit mesti kena panggil Apek, Ah Chong, Mamak, Macha dan yang agak kurang ajar Keling terus. mesti.
kalau yang suka buat perangai bukan-bukan lepas tu kantoi, pun ada nama. kantoi kuat melancap panggil Ceng, kantoi merembat barang junior panggil Toyol dan kantoi tengok porno Blue. kalau nama-nama ni, member-member gua cakap tak best sikit sebab tak market depan perempuan kata mereka.
ikut style rambut pun ada. Botak, Pacak, lepas tu kalau yang suka pakai minyak rambut Tancho, orang panggil Co.


kalau dah tak tahu nak panggil apa pun tak boleh jugak. susah sebenarnya kalau dalam sekumpulan ni ada dua tiga orang nama sama. tengah lepak-lepak minum, panggil sorang tapi tiga orang yang pandang. so, tambah kenderaan yang diorang pakai kat belakang pun boleh jadi. Ejat Ego bawak motor Ego, Ejat Legend bawak Legend dan Ejat 125 mestila bawak 125, takkan EX5 pulak.


__________________________
sebenarnya banyak lagi. tapi gua pun ingat-ingat lupa je. ini baru nama-nama member. belum nama-nama cikgu lagi. macam gua cakap awal tadi, gua rasa tak ada masalah sebenarnya benda-benda ni. tapi ada jugak kadang-kadang sampai nama betul member pun boleh tak ingat sebab selalu sangat panggil nickname. macam situasi gua, “Afiq saper afiq? Aku tak kenal la”, “Afiq tu frog la”, “la frog ke? kalau frog aku kenal la. femes kot”. hehe.


yang jadi masalah tu, kalau lu orang bagi nama kat budak tu tapi budak tu tak suka. boleh buat bergaduh juga kadang-kadang. setakat ni gua rasa tak ada masalah la antara gua dengan member-member gua. tapi tak tahu la kalau diorang simpan dalam hati ke apa. harap-harap tak ada la yang macam tu.
__________________________
macam mana gua dapat nama frog? ramai yang tanya gua, tapi gua tak pernah jawab. kira hari ni macam special sikit la sebab gua nak ceritakan kat lu orang. roommate gua masa sekolah, Megat yang bagi nama. gua pun tak tahu kenapa. suka-suka katanya. mula-mula dia sorang je yang panggil gua frog. orang lain tak tahu lagi.
ada beberapa peristiwa yang menyebabkan nama tu lekat sampai la gua masuk universiti. mana taknya? si Megat tu pun masuk universiti sama dengan gua. roommate gua lagi untuk sem pertama. macam gampang. muak dah gua tengok muka dia hari-hari. bangun pagi muka dia, makan muka dia, mandi muka dia, nak berak pun muka dia. ok cukup. berbalik pada cerita.
nak dijadikan cerita, satu malam ni gua baru habis prep malam. gua jalan ramai-ramai dengan member gua nak pergi dewan selera. orang cakap malam tu supper murtabak. itu kira supper paling sedap la kat sekolah gua. si Megat pun ada masa tu. sepanjang jalan tu, ada longkang kiri kanan. entah mimpi apa katak-katak tepi-tepi longkang, dalam-dalam semak semua tu, semua pakat buat bising malam tu. ong ong. lain macam diorang punya bising malam tu.

“frog, kau suruh katak-katak tu diam frog. memekak dowh!”, teriak Megat dari belakang.
gua yang tengah masuk air time tu, layankan aje. “woi diamlah!”
SAPPP!
hilang terus bunyi katak-katak tadi. senyap.
wtf?
 

12 comments:

hologramisfera said...
This comment has been removed by the author.
hologramisfera said...

haha. Kau kan putera katak yang gagah lagi kacak. wow. maaf tersend dua kali.Jadi aku delete satu comment tanda dengki . haha. tamau ranking kau lebih

MéuzAngelo™ XXIII said...

aku tau kenapa... Crazy Frog...!! hahaha :p

MAYMAY O NEESE said...

tuh lom cite yang jadi leader lompat katak dari atar sampai dataran perhimpunan skolah pagi2 bute orang nga nyanyi lagu negaraku lagi.. ha makin kuat la curse katak kat afiq. uh aku panggil kau afiq, frog.

yaya . said...

haha kau memng katak !

apizz㋡ said...

hahahahahahahahahahaah! thumbs up frog!

afiq ohh afiq said...

ahaha.. yang kena lompat katak dari asrama tu memang lagi satu hal la.. sial tol.. memang melekat ahh nama tu kat aku..

Nand Nasyari said...

seb baek aku ske katak..so tadehal la frog..
nickname ko mantop..! haha

the niza said...

lah.sumpah aku terkejut.aku ingat sebab kau kene denda lompat katak. sapa tah cerita dulu.hahaha.nasib baik megat xsuruh kau halau ulat bulu. kalau x, xpasal2 nama kau bulu.haha

apizz㋡ said...

hahaha nasib megat xsuruh kau halau ba alip ba ya kalau x nama kau????? paham2 la frog! :D

afiq ohh afiq said...

ada ke binatang tuh kat mrsm kesayangan kau tuh? haha..

Anonymous said...

ey aku suka lah blog kau!

hahah

Post a Comment

ish buat susah susah lu orang aje