kembali bekerja.

Saturday, February 27, 2010

gua pernah ehem-ehem dengan Angelina Jolie; apedehal?

petang tadi gua pergi teman adik gua pergi kedai buku. adik gua ni mengada-ngada sikit. nak pergi beli buku jauh-jauh. mentang-mentang lu nak SPM, bukan main lagi beli buku latihan banyak-banyak. buatnya tidak jugak. 

cari buku tadi bukan main jauh lagi. sampai ke jalan Tunku Abdul Rahman pergi cari buku. pergi la cari kat Mid Valley ke, Alamanda ke, apa ke. boleh la jugak gua jalan-jalan cari jodoh tengok apa yang menarik. bukannya takde kedai buku kat situ. ni nak jugak pergi jalan-jalan tengah panas.
balik-balik rumah gua terus tertidur sebab penat. nak dijadikan cerita, tengah gua tidur tu, gua boleh ada mimpi dalam mimpi. cewaah, macam lagu Damasutra, “umpama mimpi dalam mimpi”. ahh, ni yang timbul mood karaoke ni. ok cukup. sebenarnya gua pernah alami benda ni banyak kali jugak dari kecik. tapi bukan itu yang gua nak citer, gua nak citer pasal satu lagi benda iaitu mimpi waras atau omputih cakap lucid dreaming.
ok, mari bermula serius.
_____________________
lu orang pernah tak alami situasi bila mana masa lu orang bermimpi, lu orang rasa macam boleh kawal je mimpi tu. atau masa tengah mimpi, lu orang macam boleh agak apa yang akan jadi lepas tu? fenomena ini orang panggil lucid dreaming atau gua panggil LD ok?
kat luar negara, ramai yang nak capai benda ni. ye, LD boleh buat kalau kita nak. diorang cakap, LD ni boleh membantu diorang mengatasi fobia, belajar untuk berdepan dengan diorang punya greatest fear, menguatkan lagi minda separa sedar, dan yang paling best, cipta dunia khayalan sendiri masa tengah bermimpi. gua rasa paling best LD ni sebab boleh pilih mimpi ehem-ehem. jahaha.
macam mana nak capai? aihh sonang yo sobonarnyo. ado step-step dio neh haa. eden ado baco kat tenet. eden pon tak pasti betui ke tak betui mondo-mondo ni. sekarang eden koba yang sonang-sonang punyo yo. ekau baco sendiri.
pertama, setiap kali bangun tidur, cuba ingat balik mimpi-mimpi lu orang se-detail yang boleh. ini akan mengajar otak lu orang betapa pentingnya mimpi-mimpi tu. so, nanti bila mimpi lagi, otak akan beritahu yang lu orang tengah bermimpi sebab mimpi ni sebenarnya ada pattern dia. bila lu orang selalu ingat mimpi memasing, tu yang otak boleh detect tu. masa tu la lu orang boleh buat apa lu orang nak. ini kena buat selalu la.
kedua, reality check. biasakan tanya pada diri sendiri sama ada lu orang tengah mimpi atau sedar. ada la cara-cara dia yang tersendiri. ini bila dah biasa, macam yang atas tu, otak lu orang akan dapat membezakan antara mimpi dan realiti.
ketiga, sebelum nak tidur set alarm dalam 2 atau 3 jam lepas itu, biasanya tidur siang la sebab waktu-waktu ni la orang cakap LD senang berlaku. lepas tu bila tersedar, cepat-cepat matikan jam tu dan cuba fokus kembali kat mimpi lu orang sebelum tu. fikir pasal benda dan fokus sampai tertidur semula. jangan pulak pakai jam loceng yang kalau bunyi, jiran selang dua rumah pun boleh dengar. kalau macam tu, memang tak dapat la kalau nak tidur balik.
last sekali, minum kopi banyak-banyak lepas tu paksa diri sendiri untuk tidur. ini yang paling simple tapi tak selalu jadi. nak tahu cuba la lepas ni.


sebenarnya ada banyak cara lagi tapi yang lain tu memang complicated. siap ada mesin-mesin dia lagi. tapi majority cara-cara dia ialah melalui kekuatan otak yang boleh dicapai melalui latihan tertentu. bidang pengkajian otak ni memang luas. pernah dengar telekinetic, telekinesis, psychic? semua tahu kan yang kita sebenarnya pakai berapa peratus je dari otak kita ni selama kita hidup. orang yang buat kajian cakap, kalau guna lebih sikit, tu yang jadi benda-benda tu. kalau nak cerita, dua tiga hari jugak gua tak berhenti menaip. alangkah hebatnya ciptaan Allah swt.
_____________________
sebenarnya masa gua tingkatan lima, gua pernah dapat LD kaw-kaw punya. mimpi dah standard macam dalam muvi gua cakap lu! ada tembak-tembak sini, letup-letup sana, kejar-kejar mana-mana. hero dia konfem la gua. tapi part yang paling best, gua siap ehem-ehem dengan Angelina Jolie lagi tu. versi muda sikit ahh. sekarang dah tua. hehe. itu semua gua ingat lagi sampai sekarang sebab gua pasti, masa mimpi tu, gua sedar yang gua tengah bermimpi. kalau tak, jangan harap la gua nak mimpi-mimpi best macam tu. kira kalau ada ranking untuk mimpi-mimpi gua, ini yang tempat pertama la kiranya. so, gua ingat nak praktikkan step-step atas tu lepas ni. gua ingat nak jumpa Megan Fox pulak lepas ni. kehkehkeh.

11 comments:

syafiq roslan said...

ko mimpi....dh mndii wajibb lom?????wakakkakkaa

Nadhirah said...

besh la pat plan mimpi ape kte nak..hahaha~~

afiq ohh afiq said...

saros : mesti la dah dol.. haha..

nadhirah : betul! memang best..

Cipina said...

manusia kan ciptaan tuhan yang rumit :D

MéuzAngelo™ XXIII said...

aku pun penah gak dpt LD... mimpi aku dgn buah ati aku la.. kahkah..
kalo yg x dirancang plak mesti kene dgn bdk kelas.. org yg same plak tuh dalam 2-3 mimpi.. jodoh aku ke tuh? haha

afiq ohh afiq said...

fina : tepat sekali!

meuz : itu bukan jodoh.. itu kau yang gatal asyik berangan mende tu.. jahaha..

farrah said...

aku na set mimpi dengan mamat hensem aku tu aa kalau mcm ni. :D

JJ KRN said...

hahaha style la lu. dgn angelina jolie tu bai.

afiq ohh afiq said...

haha.. taw pown kau ja.. ingat senang nak dapat mimpi macam tu? giler rare weh!

MéuzAngelo™ XXIII said...

ko nk aku komen blog ko ke?
aku rse ok la.. ringan,tapi jgn byk sgt widget kat tepi tuh..
ape gune yg traffic tuh? kalo mende tu x beri pape makne kat visitor ko, buang la..

ko tulis dh ok dah, cume satu perenggan ko panjang.. takot2 nnt ade org dh beri 1st impression yg x best..

kalo nk break, wat la double break.. sng nak bace, selesa..

kalo boleh setiap perenggan ko selang selikan dengan bold n biase.. nmpk lebih selesa..

last skali, ko wat la eksperimen kat diri ko sendiri.. kalau la ko visitor blog ni, 1st time plak tuh.. agak2 ape yg ko rse?

afiq ohh afiq said...

rasa macam gampang pown ada kadang2..

Post a Comment

ish buat susah susah lu orang aje