masuk minggu ni,dah lebih kurang dua minggu gua bekerja.macam-macam pengalaman gua dapat.tapi sekarang gua nak share pasal orang-orang yang datang shopping kat tempat kerja gua yang kat luar tu susah nak jumpa.
_______________________
golongan pakcik berjanggut berkopiah putih.gua usha dari jauh memang terserlah muka tak pernah tinggal sembahyang.sampai dekat kaunter gua nak bayar barang,gua dengar ringtone henpon mahal diorang berbunyi. ‘boom boom boom’.gua terkedu kejap dengar lagu BEP dijadikan ringtone diorang.bukan sorang dua,tapi ramai jugakla.lagu ‘Low’ pown ada beb!
_______________________
golongan yang suka guna kad kredit.nasib baik guna kad kredit lagi senang daripada diorang bayar cash.tak payah susah-susah gua nak kira.tapi kalau tabiat dah suka sangat berhutang,barang tak sampai sepuluh ringgit pown nak pakai kad kredit.padahal cash berkepuk.
_______________________
golongan mat salleh.setakat ni gua jumpa dua tiga orang mat salleh yang fasih berbahasa melayu.gua puji diorang sebab diorang ada effort ambik kelas bahasa melayu.kalau setakat yang reti cakap ‘terima kasih’ tapi tak reti cakap ‘sama-sama’,gua suggest kat diorang pergi ambik kelas bahasa melayu dulu.itu belum kira yang reti cakap ‘malaysia boleh’ je.
_______________________
golongan pakwe makwe.gua dah lost count dah pakwe makwe yang gaduh depan kaunter gua bila nak bayar barang.gua tengok dari jauh elok je.bila sampai kaunter gua je nak gaduh-gaduh.gua rasa nak shoot je sekor-sekor.tapi gua tak boleh salahkan diorang.maybe si awek tiba-tiba mintak clash dengan balak dia bila nampak gua kowt.yela,menyesal tak kenal dengan gua awal-awal sebelum kapel dengan balak dia tu.
_______________________
golongan gadis-gadis yang membeli ‘breast firming cream’ dalam kuantiti yang banyak sambil muka tersengih-sengih mintak penampar.gua taknak komen apa-apa.nanti lu orang kata gua lucah.
_______________________
ni lagi satu golongan gadis-gadis.suka sangat suruh gua miscall diorang masa gua kerja.gua mana boleh bawak henpon masuk kerja cik adik oi!bila cakap macam tu kata gua sombong pulak.
_______________________
oh ya! satu lagi.baru tadi.golongan yang cacat penglihatan.walau tanpa deria penglihatan,gua kagum dengan diorang yang hanya bergantung pada sentuhan untuk kenal pasti duit.bukan masalah besar bagi diorang handle duit ratus-ratus.gua pown goyang nak kira duit banyak-banyak macam tu.ditarik penglihatan tapi diberi deria sentuhan yang sensitif.Allah maha adil.
9 comments:
hahaaha.. itu je mampu ak bkata2.. hahaha
asal perempuan beli cream muke nak penampar? kurang paham
bukan cream muka lah! cuba baca betul2 apa benda tu..
ahahahaha... agk mnarek r.. wey3 ko kje kt ne?
"maybe si awek tiba-tiba mintak clash dengan balak dia bila nampak gua kowt.yela,menyesal tak kenal dengan gua awal-awal sebelum kapel dengan balak dia tu."
Gua suke statement lu.. stok awek yg mcm mane leh lekat syok kat lu? rabun dekat mgkin... ahaks..
haha. froggy2, ko mmg kegilaan semua wanita dr dulu lagi. :P
hot setafff la kate kannn ~ pfftT~
die beli krim tu untuk kawan2 satu dorm kot. satu dorm dah 20 orang..
ahaha . mcm syal jekk !
Post a Comment
ish buat susah susah lu orang aje