kembali bekerja.

Thursday, September 17, 2009

diari seorang lelaki

10.00 am

gua siap-siap nak ke kelas.dalam perjalanan pergi je tiga kereta polis lalu sebelah gua.terkocoh-kocoh pakai seatbelt.raya dah dekat.

11.00 am

kelas gua batal.shit!lecturer batalkan kelas.gua tak tahu sebab semalam tak datang.raya dah dekat.

1.00 pm

gua gerak alamanda.gua baru bercadang nak letak kereta dekat tempat parking bayar.terbantut niat gua bila tengok kereta berduyun-duyun masuk.gua pusing cari parking jauh.raya dah dekat.

3.00 pm

orang ramai dalam alamanda.gua rasa gua boleh kira pakai jari berapa sangat orang yang ada time tu tak pegang apa-apa beg plastik berisi pakaian.raya dah dekat.bila gua dah dapat apa yang gua cari, gua bla.lepak tidur sekejap kat rumah member.

5.00 pm

gua gerak nak balik rumah.gua terdiam tengok meter minyak.lampu merah dah mula berkelip.gua tambah terkedu tengok duit tinggal 3 ringgit.

5.15 pm

gua redah jugak balik rumah.hari dah gelap.jalan jem.kereta polis gua kira gua ada nampak dua bijik,ambulans sebijik.raya dah dekat.

5.30 pm

hujan lebat dan jalan masih lagi jem macam gampang.ni kalau kereta habis minyak memang malu.mahu gua tinggal jea kereta kat tengah-tengah jalan besok ambik.

6.30 pm

gua berjaya sampai rumah tanpa perlu menolak kereta.sampai terus mandi buat-buat tertelan air sikit.

7.20 pm

hari ni gua buka puasa nasi putih lauk sardin dengan megi goreng.alhamdulillah.raya dah dekat.

8.00 pm

mak gua memulakan ‘deko bersama gua punya mak’.gua rasa otot-otot biceps gua dah mula timbul dengan ketara hasil titik peluh gua angkat sofa.ada sikit macam malek nor.sekejap pindah belah kanan,sekejap pindah kat corner,sekejap pindah kat tepi pintu.tu belum kira angkat benda lain.raya dah dekat.

10.00 pm

gua rasa macam gua tak duduk kat malaysia.gua rasa macam gua duduk kat tengah-tengah medan perang.blok belakang gua dengan blok depan tengah berperang.dum dam dum dam.macam gampang.gua nak rehat pown susah.raya dah dekat.

11.30 pm

gua cuba tidur tapi tak boleh.perang belum reda.gua online.

______________________________________

serius geli tajuk entri gua.

8 comments:

nadya said...

cool giler dowh entry kali ni. hahah.
aku suke part yang 'deko brsama gua punya mak'.
sbb kau mcm jd tough ala2 malek nor. hahahahhahhaa.
takley bayang dowh.
neway, selamat hari raya ;)

apizz㋡ said...

ok. mari berperang dam dum dam.
selamat hari raya frog!

afiq ohh afiq said...

ya ya ya ya..
saya tahu saya cool..
jahaha..

BajuKurung said...

seb bek lu dh geli ngan entry lu sndiri.. gua bru nk komen.. oit.. lu pg alamanda smlm?? cis?? asl x jumpe ek? ooo lupe.. gua bkn knl lu.. haahahaha.. lu duk mane, fiq?

afiq ohh afiq said...

duduk bangsar,blaja uniten..
hari-hari ulang alik..
amacam?

Anonymous said...

wakaka..
asl le ak sik nk glk je bce entry ko..what ever pn. RAYA DAH DEKAT.. Selamat Hari Raya Aidilfitri(awat ak skema sgt ni)..lalala~~

BajuKurung said...

perkh!! lu ikut lbuhraye MEX ek? klu nek motor leh kejang la otot lu..

aku lah said...

haha.. gua pown tak tahu nama jalan yang gua lalu..

Post a Comment

ish buat susah susah lu orang aje