gua nak jugak taruk gambar pagi raya kat belog macam orang lain.
gua melantak ketupat lima pinggan;amacam?
gua rasa macam tinggi dalam gambar ni.
family gua.
nenek gua hot.
dan ye,baju melayu gua sama warna dengan kerusi dan langsir.
mai sechawan
gua nak jugak taruk gambar pagi raya kat belog macam orang lain.
gua melantak ketupat lima pinggan;amacam?
gua rasa macam tinggi dalam gambar ni.
family gua.
nenek gua hot.
dan ye,baju melayu gua sama warna dengan kerusi dan langsir.
gua pergi beraya tadi.satu kl gua pusing.
gua keluar rumah dengan harapan nak beraya rumah member-member.gua pergi car wash nak cuci kereta sebelum bertolak.nak beraya kereta kena berkilat bak kata bapak gua yang sengaja nak mendorong gua menghabiskan duit raya gua.
panas yang ku sangkakan sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari.literally.hujan lebat cam gampang.lu orang mesti ada yang belum pernah merasa menolak kereta di tengah hujan kan?gua dah rasa.temperature naik macam sial.nak tak nak kena berhenti.tolak sikit sampai petronas.nasib baik ada kedai spare part bukak.habis collection duit raya gua tahun ni.dah la tak banyak.
'ni enjin tersumbat ni',ujar member gua dengan penuh yakin.
ye kami berlakon sedaya upaya untuk menampakkan situasi 'candid'.
gua berterima kasih kepada uncle ah seng yang bukak kedai spare part pada hari ahad.
salah satu cara menghilangkan tekanan.
mungkin gua keluar rumah lupa baca bismillah kot.mungkin la.
gua rasa ini kelakar.gua peduli apa kalau lu orang rasa tak kelakar.ni belog gua.
_______________________________________
suatu hari, si anak sedang bermain-main di tepi padang bersama bapanya.tiba-tiba si anak ternampak seekor siput babi.dengan penuh rasa ingin tahu,si anak mula bertanya kepada bapanya.
anak : ayah ni binatang apa?
ayah : ini siput babi.
anak : binatang apa?
ayah : sibut babi~
anak : binatang apa?
ayah : siput babi~
anak : binatang apa?
ayah : siput babi~
anak : binatang apa?
ayah : siput babi~
anak : binatang apa?
ayah : siput la babi!
_______________________________________
sila ketawa..
1. sekeping kad raya pown gua tak dapat tahun ni.hancur cita-cita gua nak dapat kad raya yang keluar bunyi bila bukak tu.gua nekad.tahun depan gua beli pos dekat rumah sendiri.amacam?
2. bapak gua dah deal dengan gua.malam raya gua ada assignment kasik gegar Jalan Pahlawan 10, Bandar Tenggara, Kulai, Johor.barang dah dapat bak kata bapak gua.lu orang tunggu!
3. gua balik kampung malam ni.gerak pukul 2 pagi.sahur dekat r&r macam biasa.
4. gua cuti raya seminggu.maknanya seminggu la gua tak update belog.gua malas nak gerak cc kat kampung gua.duit raya gua nak kumpul nak beli rumah bila dah tua nanti.amacam?berjimat cermat tak gua?
5. nanti time raya gua cuba snap seberapa banyak gambar yang boleh guna iPhone gua.
6. gua nak jemput lu orang datang raya nih.kalau agak-agak nak datang,roger-roger dulu.gua tak minat surprise-surprise ni.kalau lu orang nasib baik,lu orang boleh rasa gua punya masakan.ada bran?
7. mana-mana gadis luar sana yang terasa macam nak jumpa bakal mak mertua lu orang,lu orang boleh datang bawak resume,gambar bersaiz passport 3 keping serta sijil-sijil yang boleh membantu.dah sampai nanti ambik nombor giliran kat pintu masuk rumah gua.tunggu sehingga dipanggil.boleh?
7. oh ya, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.