kembali bekerja.

Tuesday, July 14, 2009

to all film directors out there..

mohamad afiq,

foodcourt coe uniten bangi,

uniten bangi.


_______________________________________________

mana-mana pengarah filem di luar sana,

mana-mana lah,

Malaysia.

July 14, 2009

Per: tawaran mengambil kawan-kawan saya berlakon

kehadapan pengarah-pengarah filem di luar sana, merujuk kepada perkara di atas, saya ingin menawarkan tuan/puan mengambil rakan-rakan saya berlakon kerana mereka sangat berbakat.

2.sebab saya berkata sedemikian adalah industri filem Malaysia sekarang amatlah memerlukan bakat-bakat baru seperti mereka.

3.pihak tuan/puan pasti akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda jika mengambil mereka berlakon dalam filem pihak tuan/puan yang seterusnya. ini kerana, mengambil mereka umpama satu pakej yang tidak harus dilepaskan. berbekalkan wajah yang kacak bagi yang lelaki dan yang cantik bagi perempuan, mereka mempunyai pakej yang lengkap.


4.bakat mereka dalam bidang lakonan memang tidak dapat disangkal lagi. sejak dari bangku sekolah lagi mereka telah menonjol dalam bidang ini. sebagai contoh, ada diantara mereka yang memegang beberapa watak penting di dalam berbagai sketsa popular yang sering diadakan pada hari kanak-kanak seperti ‘sang kancil dengan buaya’ di mana mereka memegang watak buaya kedua dari kanan yang diketuk oleh sang kancil dan pokok epal yang rendang di tepi sungai. watak-watak tersebut amatlah dikenali dengan kesukaran untuk dihayati namun mereka telah melakukannya dengan jayanya.


5.disamping itu,bakat mereka dalam bidang nyanyian juga tidak kurang hebatnya. mereka pernah mencuba nasib dengan menyertai uji bakat program ‘akademi fantastik’, namun, hos rancangan tersebut, AB mizal memberi komen yang amat mengejutkan. beliau dengan jujur dan berterus terang menyatakan yang mereka terlalu berbakat dan tidak sepatutnya menyertai pertandingan itu. ini kerana, kalau mereka menyertai pertandingan itu, peserta lain tidak mempunyai peluang menang kerana mereka konfem menang lantas menyukarkan pihak bastro untuk mengaut keuntungan berlebihan dengan menggunakan taktik memasukkan balik peserta kegemaran yang telah disingkirkan.


6.dengan ini juga saya menyertakan salah satu iklan popular di mana rakan-rakan telah berjaya memegang watak-watak penting yang juga direbutkan oleh beberapa artis yang sudah terkenal. bak kata pengarah iklan ini, kalau mereka tak berlakon, konfem tak laku.






7.however, mungkin pihak tuan/puan tidak dapat mengecam mereka kerana iklan ini telah sengaja disabotaj oleh pihak tertentu atas rasa hasad dengki mereka kepada rakan-rakan saya dengan cara mem’fast-forward’kan video ini. walaubagaimanapun, jika pihak tuan/puan mem’slow-motion’kan video ini, tuan/puan juga tidak dapat mengecam wajah mereka kerana rancangan sabotaj ini telah diatur dengan sempurna.


8.so,atas sebab-sebab di atas, memang rugilah pihak tuan/puan kalau tak ambik mereka berlakon kerana sekarang mereka sedang membuat keputusan berikutan tawaran-tawaran lain yang datang seperti dari pengarah a. razak mydin, pierre andro dan ahmad idhar. so, siapa cepat dia dapat. sekian, trimas..



yang promote,

afiq lah





10 comments:

Anonymous said...

anak cikgu adam

afiq ohh afiq said...

oi.

Humaira Yahya said...

list kn nama aku untuk director2 tuh taw weyh.
hahhaha ;D

hUr said...

cikgu adam pasti berbangga, tahniah

a r e s said...

ak nk gak jd pelakon, k kn?

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

aku pon bole jadi pelakon!!!! hahaaa. tapi bersyarat.

nadya said...

weyyyy, gurau kasar ni mat.
haha.

afiq ohh afiq said...

aku nak jadi PA kau taw nnt.. haha..

Nadia Aaron said...

huahuahuaaa.. hebat2 kawan ko... ARTIS.. haha

afiq ohh afiq said...

kawan2 kau gak.. kita patut berbangga.. haha..

Post a Comment

ish buat susah susah lu orang aje