kembali bekerja.

Thursday, July 16, 2009

maaf entri kali ini panjang..


gua nak share something yang menimpa gua tadi.malam semalam gua tido dengan harapan hari ni akan menjadi hari yang bakal melakar sejarah dalam hidup gua atau setidak-tidaknya hari ni akan sama seperti hari-hari yang pernah gua lalui dengan tenang.tapi panas yang disangka sampai pukul 5,rupanya hujan pada pukul 12.maybe salah gua sebab x minum nescafe pagi-pagi macam dalam iklan tu,‘mulakan hari anda dengan nescafe’.tapi mungkin jugak bukan salah gua.bermacam-macam hal yang jadi kat gua dan kebanyakannya yang tidak menyenangkan.


Situasi 1


gua bangun pagi,mandi,sembahyang subuh,sarapan,belek-belek buku skit.ni semua sebab nak ambik hati parents gua sebab gua bangun awal pagi kempunan nak tengok movie kat hbo ke, cinemax ke x pown star movie.gua dah rancang dengan perfect sekali.bila da sampai masanya, gua pown gi la duduk depan tv gua yang x berapa nak besar.gua raba-raba bontot gua cari remote.xde.berpeluh gak la gua cari remote pastu.bila dah jumpa,dengan rasa excitednya, gua tekan ‘info’ nak usha citer apa yang ada.jumpalah pulak movie yang gua berkenan yang memang baru nak start.bila gua tekan jea ‘ok’,hati gua hancur luluh.dengan selamba tv gua tayang ayat ni
this channel is not included in your subscription.to subscribe,please contact Ananda Krishnan .down beb,down.gua rilek,cover suara kecewa, gua tanya mak gua,‘ibu, ibu,astro ni rosak ke sebab xley tengok hbo sumer sumer tuh’.‘memangla da xde,ibu dah cancel subscription dia sebab adik-adik nak periksa’,balas mak gua dengan selamba.diorang nak exam,gua lak yang x dapat tengok. pe cer?

Situasi 2

gua nak gi mid valley dengan kawan gua,apiz dengan hajat di hati nak tengok heri poter.dalam hati da timbul rasa riak nak berlagak kat member-member lain sebab tengok first day.so,gua pown gerak la.topap minyak 10 hinggit,gua gerak dengan hati yang girang.sampai jea dekat-dekat mid,gua da rasa something wrong.kereta sikit punya banyak kat luar.sampai berlapis-lapis parking.gua cuba abaikan.dah masuk tempat parking,baru gua taw kenapa.parking xde langsung.gua pusing punya pusing dalam tu cari parking.gua rasa gua topap minyak tadi untuk main pusing-pusing dalam parking jea.x kira lagi gua berpeluh macam lepas main futsal.saving minyak pakai natural air cond jea.*amalkan selalu.dengan rasa putus asa,gua keluar balik cari parking kat area lain.da la x dapat parking,kena charge lagi pulak tu masa nak keluar.lahanat punya mid valley.last-last gua parking kat area lain.itupown dapat parking celah-celah tiang.


Situasi 3


gua setel jea parking,gua terus naik atas gi cinema.sampai-sampai terus beratur.tengah gua sedap layan perasaan,tiba-tiba rasa ada orang bergesel-gesel kat belakang gua.gua toleh la mana taw ada member gua datang tegur.piap, ada minaci belakang gua.gua chill.maybe dia x sengaja menyendeng-nyendeng kat belakang gua.gua sambung layan perasaan.sap sap piap,dia ketis-ketis belakang gua lagi.‘uwahh,ini dah lebih’,bisik gua dalam hati.tapi sebab gua lelaki budiman,gua malas nak sound.so,gua terpaksa bersabar sepanjang 30 minit tempoh beratur.maybe gua x ley salahkan dia sangat.maybe dia nak ngurat gua tapi segan.so dia buat camtu nak ambik attention gua.


Situasi 4


bila sampai kat kaunter,gadis kaunter tu pown tanya gua,‘kau nak apa?’.dengan nada demanding gua cakap,‘heri poter pukul 2,2 orang,xnak seat depan sangat,xnak seat belakang sangat,pastu nak student price’.‘student id bak mai’,balas gadis tu selamba.gua capai wallet cari id gua.shit.id dalam kereta.ni kalau x student price,maw kena tambah 5 hinggit.gua gamble keluarkan medical card.at least ada jugak tulis yang gua ni student uniten.‘dik,kad ni dah tamat tempoh’.gua bingung sebentar.ingat roti gardenia apa ada expiry date.rupa-rupanya kad tu ada tulis ‘Valid from 25/6/2008 until 24/6/2009’.shit lagi sekali.lepas puas gua pujuk rayu,last-last gua yang mengalah.brengset.gadis kaunter tu memang seorang pekerja terlatih di mana dia x akan termakan pujuk rayu customer macam gua ni.


Situasi 5


gua x puas hati dengan ending heri poter.ending dia buat gua saspen sebab dia macam tergantung.maybe ni pelan jangka masa panjang JK Rowling biar semua orang beli buku or tengok upcoming movie nanti.da la time tengok tu sejuk nak mati.gua rasa maybe pekerja dia terpasang air cond tu kasi terlebih kuat.sojuk beb,sojuk! taik telinga gua pown dah beku bila keluar cinema sebab deria pendengaran gua x begitu baik pastu.



so,macam mana pown,gua bersyukur gua masih bernafas dan masih mampu menaip.
hari ini memang palat,tapi esok masih ada’.haha.

Moral of the story
; kalau ada awek or balak bergesel-gesel kat belakang lu orang, straight tanya dia, ‘ekau nak mengorat eden ehh?’

3 comments:

adorable.niza. said...

sirius malang!mcm sedeh je hari2 kau.haha.
aku agak, pg subuh tu kau tak doa pnjg2 la. ni kau type entry pjg2 bwtpe.

afiq ohh afiq said...

haha.. maybe kot~

JALI sudeyh said...

ha2..
sbab ko g tgok movie xajak..
ha2..

Post a Comment

ish buat susah susah lu orang aje