gua pedulik apa.yang penting gua dah tengok New Moon semalam dengan mak gua.apa barang tengok cerita jiwang-jiwang dengan awek.
Sunday, November 29, 2009
Friday, November 27, 2009
lama jugak gua tak update
last week family gua menghabiskan duit kat langkawi selama seminggu.hilangkan tekanan bekerja katanya.gua tidak terkecuali.oh ya,lupa gua nak mention yang gua dah berhenti kerja.dah bosan.berbalik di langkawi.gua berjaya menghabiskan puluhan ringgit dengan membeli bahan-bahan berasaskan tembakau.puluhan ringgit juga berjaya dihabiskan ke arah cokelat-cokelat yang menurut mereka murah jika dibandingkan dengan harga di tanah besar.tapi mana-mana yang ada niat nak jamah-jamah cokelat tu,minta maaf la.dah habis kot.ye la,lu orang raya makan ketupat,gua?cokelat ada la.
p/s: gua beraya dalam tren je tadi.terasa macam hidup di perantauan bila dengar takbir raya dalam tren.tak percaya?cubalah.
p/s lagi: senang-senang nanti gua 'muat-naik' gambar.
Wednesday, November 11, 2009
gua kena kacau dengan benda kasar
sejak dua menjak nih,gua rasa takut nak pergi kerja.ada staff baru sorang ni asyik usha gua semacam jea.gua nak sound takut dia terkam gua pulak.badan dia ada la dalam dua tiga kali ganda dari badan gua.ohh,lupa gua nak cakap.staff tu jantan.kalau badan saiz-saiz gua,gua sound direct, ‘lu apahal usha-usha gua macam gay?’.tapi ini bukan benda main-main.benda lain gua boleh kasi settle.ini soal kehormatan gua beb!gua teruna lagi ni!gua rasa ini la nama dia sexual harassment at workplace yang omputih duk gembar-gemburkan.
Thursday, November 5, 2009
hari-hari gua jumpa orang-orang macam ini
masuk minggu ni,dah lebih kurang dua minggu gua bekerja.macam-macam pengalaman gua dapat.tapi sekarang gua nak share pasal orang-orang yang datang shopping kat tempat kerja gua yang kat luar tu susah nak jumpa.
_______________________
golongan pakcik berjanggut berkopiah putih.gua usha dari jauh memang terserlah muka tak pernah tinggal sembahyang.sampai dekat kaunter gua nak bayar barang,gua dengar ringtone henpon mahal diorang berbunyi. ‘boom boom boom’.gua terkedu kejap dengar lagu BEP dijadikan ringtone diorang.bukan sorang dua,tapi ramai jugakla.lagu ‘Low’ pown ada beb!
_______________________
golongan yang suka guna kad kredit.nasib baik guna kad kredit lagi senang daripada diorang bayar cash.tak payah susah-susah gua nak kira.tapi kalau tabiat dah suka sangat berhutang,barang tak sampai sepuluh ringgit pown nak pakai kad kredit.padahal cash berkepuk.
_______________________
golongan mat salleh.setakat ni gua jumpa dua tiga orang mat salleh yang fasih berbahasa melayu.gua puji diorang sebab diorang ada effort ambik kelas bahasa melayu.kalau setakat yang reti cakap ‘terima kasih’ tapi tak reti cakap ‘sama-sama’,gua suggest kat diorang pergi ambik kelas bahasa melayu dulu.itu belum kira yang reti cakap ‘malaysia boleh’ je.
_______________________
golongan pakwe makwe.gua dah lost count dah pakwe makwe yang gaduh depan kaunter gua bila nak bayar barang.gua tengok dari jauh elok je.bila sampai kaunter gua je nak gaduh-gaduh.gua rasa nak shoot je sekor-sekor.tapi gua tak boleh salahkan diorang.maybe si awek tiba-tiba mintak clash dengan balak dia bila nampak gua kowt.yela,menyesal tak kenal dengan gua awal-awal sebelum kapel dengan balak dia tu.
_______________________
golongan gadis-gadis yang membeli ‘breast firming cream’ dalam kuantiti yang banyak sambil muka tersengih-sengih mintak penampar.gua taknak komen apa-apa.nanti lu orang kata gua lucah.
_______________________
ni lagi satu golongan gadis-gadis.suka sangat suruh gua miscall diorang masa gua kerja.gua mana boleh bawak henpon masuk kerja cik adik oi!bila cakap macam tu kata gua sombong pulak.
_______________________
oh ya! satu lagi.baru tadi.golongan yang cacat penglihatan.walau tanpa deria penglihatan,gua kagum dengan diorang yang hanya bergantung pada sentuhan untuk kenal pasti duit.bukan masalah besar bagi diorang handle duit ratus-ratus.gua pown goyang nak kira duit banyak-banyak macam tu.ditarik penglihatan tapi diberi deria sentuhan yang sensitif.Allah maha adil.