kembali bekerja.

Monday, August 24, 2009

jangan sampai gua hilang sabar!

gua baru habis kelas calculus.jam henfon gua menunjukkan pukul 10 tepat dalam format digital.gua dengan member gua bergegas pergi selepas selesai sesi bersoal jawab pendek sebarang dua soalan dengan lecturer sebagai bukti yang gua menumpukan perhatian penuh dalam kuliah beliau tadi.kitorang terus gerak port budak-budak lepak sementara tunggu kelas berikutnya.tapi bila gua sampai,budak-budak lain tak kelihatan.ke kelas mungkin.gua dengan member gua ambil kesempatan ini untuk bertukar-tukar nota.masing-masing tekun menyalin nota-nota tambahan sambil berbual tentang isu-isu semasa dunia.berbincang tentang lauk berbuka semalam misalnya.

tapi bukan itu yang gua nak alkisah kan di sini.tengah rancak menulis nota,gua tercium bau roti canai kuah kari banjir dari sebelah kiri.gua toleh.gua rilek.gua tercium bau nasi lemak taruk telur goreng dari belakang.gua toleh.gua masih boleh bersabar.gua tercium bau mee goreng campur kuey teow dari sebelah kiri.gua toleh.gua masih tabah.ada brader hisap rokok hembus asap kepul-kepul depan gua.gua mula hilang sabar.gua nak aje cucuh rokok tu pada bibir brader tu.

gua tanya pendapat member gua dengan hati yang panas,‘lu tak panas ke tengok diorang ni tak hormat orang puasa macam kita?kalau ye pown nak makan,jangan la makan depan orang puasa.makan la tempat lain.baba betul!’.

‘ada ke orang main futsal kat kafeteria?’,member gua tanya balik kat gua dalam nada yang selamba.


11 comments:

apizz㋡ said...

HAHA.
part isap rokok tuh xleh belah la sial.
ahahah selamat berpuasa ustaz katak!

a r e s said...

pergh uztz frog dhj berbh.. gler dowh..

yaya . said...

wahaha jom pegi majid

Anonymous said...

wow.. kau sungguh tabah froggie =)

afiq ohh afiq said...

ahh kau gendut.. semua entri aku kau nak wish.. haha..

dan yang lain, aku tahu aku hebat.. jahaha.. xde kaitan..

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

pasan gile.. haha. gatal g cafe bulan pose asal?

afiq ohh afiq said...

situ jea best lepak.. mmg x ahh kalau aku nak gi library..

Nadia Aaron said...

hahha.. mantap.. aku tertanya2 sape member ko tu.. ayat dia mmg power.. i likee.. haha.. ko study pun d foodcourt.. sape suruh.. haha

MAYisabeau said...

alahai, macam budak kecik la nak cair2 nih..

afiq ohh afiq said...

kau x berada dalam situasi aku may.. kau x paham apa yang aku harus alami masa tu..

shamm said...

sape frog yg ckap kat ko cmtu ? sungguh kuang ajau beliau ~~~

Post a Comment

ish buat susah susah lu orang aje