Tuesday, August 25, 2009
gua tengah sangap
Monday, August 24, 2009
jangan sampai gua hilang sabar!
gua baru habis kelas calculus.jam henfon gua menunjukkan pukul 10 tepat dalam format digital.gua dengan member gua bergegas pergi selepas selesai sesi bersoal jawab pendek sebarang dua soalan dengan lecturer sebagai bukti yang gua menumpukan perhatian penuh dalam kuliah beliau tadi.kitorang terus gerak port budak-budak lepak sementara tunggu kelas berikutnya.tapi bila gua sampai,budak-budak lain tak kelihatan.ke kelas mungkin.gua dengan member gua ambil kesempatan ini untuk bertukar-tukar nota.masing-masing tekun menyalin nota-nota tambahan sambil berbual tentang isu-isu semasa dunia.berbincang tentang lauk berbuka semalam misalnya.
tapi bukan itu yang gua nak alkisah kan di sini.tengah rancak menulis nota,gua tercium bau roti canai kuah kari banjir dari sebelah kiri.gua toleh.gua rilek.gua tercium bau nasi lemak taruk telur goreng dari belakang.gua toleh.gua masih boleh bersabar.gua tercium bau mee goreng campur kuey teow dari sebelah kiri.gua toleh.gua masih tabah.ada brader hisap rokok hembus asap kepul-kepul depan gua.gua mula hilang sabar.gua nak aje cucuh rokok tu pada bibir brader tu.
gua tanya pendapat member gua dengan hati yang panas,‘lu tak panas ke tengok diorang ni tak hormat orang puasa macam kita?kalau ye pown nak makan,jangan la makan depan orang puasa.makan la tempat lain.baba betul!’.
‘ada ke orang main futsal kat kafeteria?’,member gua tanya balik kat gua dalam nada yang selamba.
Sunday, August 23, 2009
gua taknak kejadian sama berulang lagi
gua baru balik terawih dengan member gua.terawih gua sengaja pergi jauh-jauh.apa barang dekat-dekat.bukan apa,surau kat tempat gua selalu penuh.kejiranan gua memang islamik.minggu pertama memang penuh.minggu kedua potong separuh.minggu ketiga kalau ada 6 saf dah kira banyak.dahla penuh,sat lagi time gua nak khusyuk,budak-budak kecik yang hingus belum kering mulakan agenda diorang.semalam gua ambik langkah drastik.gua interview salah seorang dari budak-budak tu.
gua : adik datang surau ni nak terawih ke?
budak : bukan lah bang.saya datang nak main kejar-kejar dengan kawan-kawan jea.
gua : apasal tak main kejar-kejar depan rumah jea?
budak : apa barang bang.kalau sini best.kalau dah bosan,boleh main baling-baling selipar.
gua : ohh.
budak : jap bang,ada lagi.kat sini nanti boleh main mercun dengan kawan-kawan.
gua : ohh lagi.
budak : abang tanya banyak-banyak ni kenapa?
gua : nak tulis dalam belog.
budak : ohh.haa?
gua blah dengan hati yang agak panas meninggalkan budak tu terpinga-pinga.lagi panas bila budak-budak tu cakap diorang main baling selipar.gua tiba-tiba terkenang selipar asadi gua yang pernah hilang kat surau tu tahun lepas.tapi tak apa.gua dah lama maafkan.tapi yang paling gua tak tahan,part mercun tu.budak tu rilek jea tunjuk mercun-mercun dia kat gua dengan niat nak bagi gua jeles.sedikit pown x tercalit rasa cemburu la weyh!gua rasa kalau budak tu nak jadi pengebom berani mati pown dah cukup dengan mercun-mercun beliau.pakai baju melayu sebab banyak poket boleh isi mercun.tambah pulak pakai cargo pants poket sampai kat lutut kiri kanan.
gua balik rumah tengok adik-adik gua belum tidur.gua tanya,‘apahal tak tidur lagi?’.‘besok cuti’ jawab diorang serentak.gua tanya mak gua.dia pown cuti.gua kaget.besok gua cuti ke tak?ada kelas ke tak?gua tak nak kejadian lama berulang lagi.
________________________________________________________
kat selipar gua,gua dah tulis,‘siapa curik dia berdosa’.tengok budak-budak tu berani tak ambik selipar gua lagi kalau gua terawih kat situ.
