tetapi aku bukan nak share pasal cerita transformers yang memang best di mana anda akan rasa puas hati sekiranya anda pergi ke kaunter tiket wayang dan menunjukkan kad pelajar anda lantas dikenakan harga rm 7 yang bagi saya amatlah berbaloi memandangkan cerita tersebut penuh dengan aksi2 yang mendebarkan dan yang penting,cerita tu adalah selama 2 jam lebih di mana selama tempoh itulah saya menahan kencing sehinggakan pundi kencing rasa macam nak pecah.
apa yang aku nak share ni, ada kaitan dengan tajuk aku.for sure la ada kaitan,xakan aku nak letak tajuk yang xde kaitan pulak kan?nak dijadikan cerita,lepas tengok wayang tu,aku dengan member aku yang dengan secara tiba2 terasa haus di tekak.so, kitorang gerak la gi mamak depan mid.on the way tu,adalah satu insiden ni yang berlaku depan mata aku.ada sorang lelaki cina ni.dia tengah bawak banyak barang sambil lintas jalan.tiba2, ada satu teksi ni meluncur dengan laju.
GEDEBAM!side mirror teksi tu terlanggar siku lelaki cina tu lalu berteraburlah barang yang sedang dibawanya.niat aku dengan member aku nak gi mamak terus terbantut.lepak jap tepi jalan tu usha lelaki tu.bukan aku dengan member aku jea,ramai lagi yang stop duk usha.ye la,mana taw ada 'wayang' free lak pasni.jangkaan aku tepat.driver teksi tu pown keluar.lelaki india. dia keluar dari teksi dia,hempas pintu kuat2,lepas tu buat muka ketat.normal la tu kan?si lelaki cina tu pown apa lagi,x nak kalah,buat muka ketat jugak.memandangkan aku duduk agak jauh,so aku x dengar sangat la perbualan diorang.tapi dari mimik muka diorang,memang sah la tengah bertekak.yang driver teksi tu aku tengok macam naik tangan dah.aku menjadi teruja.haha.x lama lepas tu,macam yang aku cakap,driver tu angkat tangan,tetapi jangkaan aku meleset.dia angkat tangan pastu letak kat bahu lelaki cina tadi,n then mereka senyum antara satu sama lain dan tergelak kecil.mula2 aku ingat diorang gay, tapi sangkaan aku meleset lagi sekali.lelaki cina tu menghulurkan tangan untuk meminta maaf kat driver tu.driver tu pown salam la.habis.
bila kat kedai mamak tu,member aku kecoh2.'apahal la diorang x gaduh tadi,kan best kalau boleh tengok!'aku pown layan jea dia sebab aku da penat n haus giler.tapi bila sampai rumah, baru aku teringat.aku respek dengan lelaki 2 orang tadi.tanyala kenapa.tanyala tanyala.haha.one word.1Malaysia.kira satu word la tu kan.sebenarnya aku tataw apa2 pown sebab aku jenis yang jarang tengok berita.hehe.so,aku pown gunalah internet ni sebaik mungkin untuk cari maklumat yang berkaitan dengan konsep 1Malaysia yang hangat diperkatakan.setelah mengkaji,aku faham la jugak sikit2.so,aku rasa macam nak share dengan orang2 yang macam aku yang x reti nak mengikuti perkembangan isu semasa tentang apa itu konsep 1Malaysia.
konsep 1Malaysia ni sebenarnya bukan benda baru sebab tujuan konsep ni sama jugak dengan apa yang diinginkan oleh pemimpin2 kita dari dulu sejak 5 dekad lebih kita merdeka.dalam erti kata yang mudah,konsep ni adalah gagasan untuk pupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bedasarkan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.kalau kita pernah dengar 'Bangsa Malaysia' yang diilhamkan dari Wawasan 2020,konsep 1Malaysia ni adalah jalan ke arah objektif tu.dalam mencapai status negara maju dalam satu jangka masa yang dah ditetapkan,syarat utamanya adalah sesebuah negara harus stabil dan kukuh dan ni hanya terjadi bila semua rakyat bersatu padu.Perpaduan yang digambarkan oleh 1Malaysia ada beza dengan konsep asimilasi kat negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.Sebaliknya 1Malaysia hargai n hormati identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggap mereka sebagai aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi.
so,even masih ada pihak yang cuba memporak-perandakan negara dengan agenda masing2,kita lawan.lawan.jangan sebab benda2 kecik,jadi isu besar lantas menghalang perpaduan kaum.contohnya macam yang aku citer tadi.chill la weh!benda kecik.boleh settle kan?x perlu pown diorang bergaduh.nasib baik time tu aku x terfikir.kalau x,time tu jugak aku gi kat diorang, mintak otograf diorang.itu la yang kita panggil Malaysian.bertoleransi.xperlu nak kecoh2 saper salah saper betul.so,moral of the story is,selalu la baca surat khabar,tengok berita untuk taw isu2 semasa ni.penting untuk kita semua taw apa yang berlaku sekarang.
ciao~
1 comment:
woi penatla nak bace sampai habes
Post a Comment
ish buat susah susah lu orang aje