kembali bekerja.

Saturday, March 6, 2010

perangai budak uniten (18sx).



macam gampang bukan perangai rakan-rakan gua?


p/s jangan fikir bukan-bukan. itu bentuk kepala gajah siap dengan belalai sekali.

p/ss sila baca dengan minda terbuka.

Friday, March 5, 2010

diari seorang pelajar.

12.00 pm gua baru bangun tidur. menggeliat macam badak air kat zoo negara nak tarik perhatian pengunjung.

12.25 pm bancuh milo 3 in 1 secawan. minum dengan tak gosok gigi. pehhh. manis. 

12.30 pm on laptop. main dota sepam dua.

1.25 pm mandi tanpa bersyampu tetapi bersabun. gosok gigi tak lupa. masih teringat kalah teruk kena titik tadi.

1.30 pm sembahyang jumaat.

3.00 pm balik rumah. berbisik sendirian, "aihh, perut dah konyang dah ni. tido pon sodap!"

4.30 pm kelam-kabut bangun tidur mencicit masuk bilik air. celaka. sakit pulak perut ni.

4.50 pm update belog.


4.55 pm pergi jawab periksa.







memang lingkup la jawabnya test Advance Calculus dengan Differential Equation gua tadi.

Wednesday, March 3, 2010

kali pertama.

kali pertama, hati terlihat si dia.
kali pertama, hati begitu teruja.
kali pertama, hati bertaut cinta.
kali pertama, hati berjanji setia.

__________


hati kata,
"pergilah, ini peluang engkau"
minda kekang,
"ahh, mesti tak dapat punya"
hati kata,
"belum cuba belum tahu"
minda bantah,
"jangan bermimpi di siang hari"
hati tak putus asa,
"tangan, mari bekap aku"
tangan seraya berkata,
"aku turutkan sahaja"
minda tegah,
"apa kau gila?"
tangan menikus,
"tu.. tu.. tuah manusia tiada siapa tahu"
hati teriak,
"BETUL TU!"
minda menyambung,
"baiklah, berikan aku masa"
senyap.

akhirnya minda akur semua.

__________


tetapi,
tetapi ia tidak bermakna,
kerana mereka bertiga bukanlah sesiapa,
kerana pengaruh mereka tidak punya,
kerana karisma mereka tidak seberapa,
kerana gaya mereka entah apa-apa,
kerana wajah juga tak kacak mana,
*namun minor pernah berkata,
"kau comel juga sebenarnya"
heh heh heh.


jadi,
jadi di sini harapan dilontar,
kepada sang pembaca,


























klik la link neh. lepas tu undi nombor 48. hehe. 


p/s : gua rasa gua belum pernah lagi dengar orang pancing undi guna taktik macam ni.


p/ss : ni KALI PERTAMA gua masuk contest kat belog orang. seronok juga.