kembali bekerja.

Thursday, September 17, 2009

diari seorang lelaki

10.00 am

gua siap-siap nak ke kelas.dalam perjalanan pergi je tiga kereta polis lalu sebelah gua.terkocoh-kocoh pakai seatbelt.raya dah dekat.

11.00 am

kelas gua batal.shit!lecturer batalkan kelas.gua tak tahu sebab semalam tak datang.raya dah dekat.

1.00 pm

gua gerak alamanda.gua baru bercadang nak letak kereta dekat tempat parking bayar.terbantut niat gua bila tengok kereta berduyun-duyun masuk.gua pusing cari parking jauh.raya dah dekat.

3.00 pm

orang ramai dalam alamanda.gua rasa gua boleh kira pakai jari berapa sangat orang yang ada time tu tak pegang apa-apa beg plastik berisi pakaian.raya dah dekat.bila gua dah dapat apa yang gua cari, gua bla.lepak tidur sekejap kat rumah member.

5.00 pm

gua gerak nak balik rumah.gua terdiam tengok meter minyak.lampu merah dah mula berkelip.gua tambah terkedu tengok duit tinggal 3 ringgit.

5.15 pm

gua redah jugak balik rumah.hari dah gelap.jalan jem.kereta polis gua kira gua ada nampak dua bijik,ambulans sebijik.raya dah dekat.

5.30 pm

hujan lebat dan jalan masih lagi jem macam gampang.ni kalau kereta habis minyak memang malu.mahu gua tinggal jea kereta kat tengah-tengah jalan besok ambik.

6.30 pm

gua berjaya sampai rumah tanpa perlu menolak kereta.sampai terus mandi buat-buat tertelan air sikit.

7.20 pm

hari ni gua buka puasa nasi putih lauk sardin dengan megi goreng.alhamdulillah.raya dah dekat.

8.00 pm

mak gua memulakan ‘deko bersama gua punya mak’.gua rasa otot-otot biceps gua dah mula timbul dengan ketara hasil titik peluh gua angkat sofa.ada sikit macam malek nor.sekejap pindah belah kanan,sekejap pindah kat corner,sekejap pindah kat tepi pintu.tu belum kira angkat benda lain.raya dah dekat.

10.00 pm

gua rasa macam gua tak duduk kat malaysia.gua rasa macam gua duduk kat tengah-tengah medan perang.blok belakang gua dengan blok depan tengah berperang.dum dam dum dam.macam gampang.gua nak rehat pown susah.raya dah dekat.

11.30 pm

gua cuba tidur tapi tak boleh.perang belum reda.gua online.

______________________________________

serius geli tajuk entri gua.

Sunday, September 13, 2009

konversasi mengundang makian

konversasi yang dinyatakan merujuk kepada bentuk penulisan seperti balasan komen mespes,pesanan ringkas serta yang terbaru,kad raya dan lain-lain lagi.satu situasi telah direka untuk mewujudkan satu konversasi untuk dijadikan contoh.

________________________________________

A : hye awak.awak uat apew tu?

B : huhu.x uat apew2 pown.awak lak?

A : sama lew.x uat apew2 jugak.

B : awak dah mam?

A : belum.lapar lah~

B : jom kitew gi mam cama2 nak?

A : huhu.boleh jugak.nak mam kat ane?

B : x kisah la.

A : x pown kitew beli kat kedai,pastu kitew mam kat tepi tasik.nak?

B : kitew cari tempat yang jauh2 cikit.ok?

A : hehe.best2.

B : nanti boleh main cuap2 kan?

A : ish.gatal.geget telinga kang.

B : haha.geget la.sampai putus pown xpew.

A : gewdix la dia ni.hikhik.

B : dia pown sama jugak.hihi.

A : alaa,tapi dia lagi gewdix.hikhik.

B : senang cerita kitew cama2 gewdix.huhu.

C : a’ah.lu orang dua boleh gi mati sama-sama ye.

________________________________________

terima kasih kepada mereka yang membantu gua secara tidak langsung dalam membantu gua menambah vocab gua dalam menjayakan entri ini.dan juga kepada mereka yang berniat untuk menambahkan lagi kosa kata gua,anda dialu-alukan.akhir sekali, NO OFFENSE.

Friday, September 11, 2009

gua nak jadi jiwang jugak!


jika matamu berat memandangku,

ringankanlah kakimu pergi dariku,

jika bibirmu terpaksa senyum padaku,

relakan mukamu berpaling dariku,

jika susah untuk kau melupakan kesilapanku,

senangkan lidahmu menghinaku,

tapi,

andai satu hari telingamu terdengar pemergianku,

ikhlaskanlah tanganmu mengusung jasadku,

bisikkanlah kepadaku yang kau telah memaafkan aku,

dan semoga kalimahmu itu,

bisa menjadi pelita di kubur gelapku,

menjadi bantal lena panjangku.

________________________________________________

gua nak jugak rasa jiwang-jiwang nih.apa orang ada awek je ke boleh jiwang-jiwang?gua nak jugak!