aaaaaaaaaaahhhhhhhhhh~
bukan main panjang lagi gua punya aahh. maklumlah, orang baru habis final la katakan. sepanjang gua hidup selama 19 tahun setengah ni, gua tak pernah jadi serajin selama tempoh gua prepare untuk final. habis rajin dah tu gua rasa. spm pun gua tak study sampai dua tiga pagi.
lagi satu, sepanjang tempoh study ni la jugak merupakan tempoh gua jadi seorang perokok tegar yang ‘kalau-boleh-nak-hisap-tiga-batang-sekali-gus’. mana taknya, buat satu soalan, hisap rokok, buat satu soalan hisap rokok. kalau ada 30 soalan? tak ke jahanam paru-paru gua namanya tu. tapi gua ada sebab. bukan suka-suka nak hisap macam tu. bibir i merah lagi ok? ok geli.
gua hisap sebab stress belajar. ya gua tahu bunyinya macam gampang, tapi memang betul. lagi-lagi kalau otak tengah tepu. serius tak tipu. tak percaya try.
lepas tu gua tanya pulak apa pendapat member-member gua yang juga terdiri daripada golongan perokok.
“weh, apasal kita hisap rokok ahh? kan kita tahu benda ni mengandungi lebih 4000 bahan kimia termasuk tar, nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan”
“ banyak frog kebaikan dia. banyak.”
so member-member gua pun buat sesi brain storming pasal topik yang gua bagi tadi. hasil dia agak memberangsangkan jugak sebenarnya.
release tension. ini point paling common la kiranya. gua pun tak tahu kenapa. gua rasa disamping nikotin, tar, jadah-jadah semua tu, rokok ni pun ada bahan kimia nama ‘dopamine’. tahu tak natang apa tuh? itu bahan kimia yang mengurangkan rasa tekanan dalam kepala otak kita. tak percaya? sila tanya encik google.
nak kurus. ini kurang pasti sebab apa. mungkin sebab kurang sikit selera makan yang macam gajah tu bila hisap rokok. mungkin la.
pelawas berak. ok sopan sikit, buang air besar. ini memang betul tapi gua tak sempat nak kaji sebab dia secara saintifik. gua rasa ini boleh jadi punca yang kurus tu. makan berak, makan berak, makan berak, berak makan, berak makan. so, mana-mana yang ada masalah buang air tu, boleh la cuba-cuba hisap rokok sebelum dan semasa buang air besar.
pencuci mulut yang paling terbaik sekali. setiap perokok wajib akan hisap rokok lepas makan. PASTI! perut tengah kenyang, hisap rokok, hembus asap bentuk ‘o’. fuhhh! pah-du! tak payah beli dessert yang mahal-mahal tuh. rokok sebatang baru 70 sen. kalau surya lagi murah. 50 sen.
merapatkan hubungan sesama rakan. ‘bro, pinjam lighter bro’. ‘bro, paw rokok sebatang’. ayat-ayat yang biasa didengari. lepas tu lepak borak-borak pasal isu-isu semasa di dunia macam bila Rozita Che Wan nak kawen, Lisa Surihani dah ada balak ke belum, kenapa Fasha Sandha gedik semacam dan yang sewaktu dengannya. tak ke mesra namannya tu. padahal takde rapat mana pun sebelum ni. tapi rokok punya pasal, boleh jadi rapat. kadang-kadang yang tak pernah bertegur sapa pun boleh jadi rapat.
daripada hisap dadah, hisap gam, hisap benda yang bukan-bukan, baik hisap rokok. ada betul jugak gua rasa.
haa ini yang paling rare. hisap rokok boleh jimat duit. ini member gua Meuz yang cakap. gua pun tak tahu belah mana yang jimatnya. lagi banyak bakar duit ada la. haha. sampai sekarang gua tergelak bila teringat balik. sori bro!
memang merokok banyak keburukan, gua admit. tapi di sebalik setiap cela, tercalit juga 'kemuliaan'. so, lu orang judge lah sendiri.
ohh lupa, baca dengan minda yang terbuka juga ye.