kembali bekerja.

Friday, July 31, 2009

konon hero

tadi gua pergi rumah member gua.dia mintak tolong gua ajar sikit selok belok belog-belog nih.gua ajar la sebarang dua yang gua tahu.yela gua pown baru setahun jagung lagi kot.bila dah settle,gua terus balik rumah.sampai-sampai mak gua panggil gua.'afiq,sini kejap.ibu nak tunjuk satu video nih'.gua jadi kaget.sumpah!dalam kepala otak gua dah pikir yang mak gua mungkin nak tunjuk video gua tengah hisap rokok ke apa ke.gua terbayang video di mana gua tengah buat muka stim sambil hisap rokok lepas tu ada orang rakam untuk tatapan mak gua.dalam hati dah penuh sumpah seranah yang bakal gua lontarkan pada orang yang jadi barua merakam perlakuan keji tersebut.mak gua tambah lagi,'video ni sama macam afiq dulu-dulu'.gua tambah kaget tetapi ditambah dengan sedikit bingung.gua tersipu-sipu malu diikuti dengan senyuman yang mintak penampar sesudah tamat video tersebut.


baru gertak dah goyang.konon hero.


Thursday, July 30, 2009

kekentalan terserlah



gua ingat ada sorang member gua cakap tadi,'virus babi x nak datang uniten sebab yuran mahal'.gua ingat jugak ada lagi sorang cakap,'student uniten semua kental-kental'.paling gua x boleh lupa,'virus babi x nak masuk sebab polis uniten macam cilaka'.itu yang paling gua setuju.tapi gua bagi seminggu jea.cukup.tunggu masa je uniten nih.jiran sebelah dah cuti.lu orang tunggu dan lihat.


Wednesday, July 29, 2009

gua ter'tag'

sebelum gua start survey nih,sila rujuk rajah 1.0 untuk gambaran lebih lanjut tentang henpon gua skang.ni henpon turun temurun dari bapak gua.kira cam harta pusaka keluarga gua la.


rajah 1.0


sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?


2 tahun dan still going.


apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda.dan terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?

gua pakai wallpaper gambo smiley.itu jea yang paling gerek dalam henpon gua.

berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?

81.gua x mesra alam.

sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf M. berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf ‘M’?

6.gua biasa mulakan nama dalam contact dengan 'encik' bagi yang lelaki dan 'cik' bagi yang perempuan.

sekiranya diberi peluang,nombor telefon artis mana yang anda mahu?

mana-mana lah.gua rasa diorang ada number gua,tapi gua yang x ada number diorang.so,artis-artis kat luar sana,sila jangan cabul privasi gua dengan menggunakan taktik miskol-miskol yang mengharapkan gua miskol lu orang balik.anda tahu anda siapa.tapi kalau nak gua jawab gak,gua nak number awek kat tepi tu.

berapa jenis handphone yang anda telah guna,selain handphone yang terkini?

gua kira-kira balik ada 4.sebiji jahanam,sebiji masuk longkang,sebiji kena hempas dengan warden sampai berkecai (rajah 1.1),lagi sebijik kena rembat masa tido.

rajah 1.1

rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan?nyatakan mengapa?

celcom.gua x nak pakai maxis sebab gua dalam diam x puas hati dengan ananda krishnan.

nada dering yang anda gunakan?

nada dering?type 21.polyphonic beb!

Senarai top 5 contacts yang anda selalu msg?

sori gua x main sms.gua call terus.


soalan terakhir.nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?

perempuan yang gua sayang mak gua sorang jea.tapi kalau ada gadis-gadis yang x cukup kasih sayang,lu orang boleh download borang kat sini.



Friday, July 24, 2009

gua sayang bapak gua

gua nak share something dengan lu orang.tadi gua gi sembahyang jumaat dengan bapak gua.kitorang jalan kaki jea sebab kitorang ni environmentalist.sepanjang tempoh ekspedisi gua tadi,gua discover something yang dah lama gua pikir.gua discover yang certain2 tabiat gua atau habit gua bak kata omputih datang dari bapak gua.maybe lu orang x berapa nak perasan sangat dengan habit2 camni tapi ni la yang gua buat sepanjang hidup gua.

tabiat 1

bapak :tadi masa gua jalan kaki gi masjid dengan bapak gua,gua notice tangan dia x boleh duduk diam.ada jea benda dia nak ketis.normally kalau ada kereta ke motor parking tepi2 jalan,jari dia konfem ketuk2 manja kereta ke motor tu.konfem.kalau kat mall lagi kencang.habis semua baju dia dah pegang.

anak :gua memang ada tabiat ni.gua kalau jalan sebelah pokok bunga,jari gua otomatik petik lima nam helai daun pokok bunga tuh.x kira la pokok bunga ke,pokok rambutan pown gua cantas.gua petik, gua buang, gua petik, gua buang.sambil jalan beb.lu orang ingat senang?gua rasa kalau ada taman bunga depan rumah gua,gua bagi seminggu jea.pastu konfem botak.pasti!

tabiat 2

bapak :bapak gua suka jalan laju.gua pown x paham.maybe dulu masa dia sekolah dia wakil merentas desa bahagian Parit Besar,Rengit tapi dia x pernah citer kat gua.tadi gua saje try usha2 awek balik sekolah,mana taw ada yang berkenan nak gua ajarkan add math ke, kimia ke.gua xde hal.dah puas gua main2 mata,gua tengok bapak gua dah 200 meter ke hadapan.padahal gua main kenyit2 mata x sampai seminit.

anak : ‘weh frog,kau nak cepat2 bwat apa?’,‘chill la weyh,rushing2 apahal?’,‘weh,ekau boleh slow down sikit?eden da ponat ni haa’,‘kedai makan tu x gerak seinci pown la weyh!’.ayat2 common yang gua biasa dengar.

tabiat 3

bapak :ni xde kena mengena dengan ekspedisi gua tadi, tapi gua nak citer gak.gua kalau balik rumah,gua usha bapak gua xde channel lain dah, x discovery,national geographic, animal planet pown kadang2.faveret dia.dia ada gak cakap kat gua yang tu memang hobi dia.tengah2 malam pown layan national geographic wa cakap lu.

anak :maybe gua dah dipaksa tengok dari kecik,gua pown da terikut layan channel2 tuh.kalau da xde citer best kat disney,memang gua bukak discovery channel.sebenarnya gua lama da taw yang otak burung unta lagi kecik dari mata dia.gua rasa kalau gua yang casting jadi budak kecik yang cakap tuh,konfem gua boleh cakap lagi comel.gua rasa la.

tabiat 4

bapak :bapak gua suka membebel kat gua.

anak :gua suka membebel kat adik2 gua.

ni la hero gua.

Monday, July 20, 2009

maaf bahasa saya kasar.

hari ini saya ingin bercerita tentang pengalaman saya disaman polis uniten yang macam sial.pagi tadi, saya terlambat bangun.shit.saya pown bergegas ke bilik mandi.setelah saya sudah bersiap sedia,saya pown bertolak dari rumah.sebaik sahaja memulakan perjalanan,perut saya tiba2 memulas.walaubagaimanapun,saya masih meneruskan perjalanan tetapi kali ini dengan kelajuan yang sedikit lebih tinggi angkara perut saya yang macam cibai time2 ni nak bwat hal.babi apa nak patah balik berak dah jauh.setibanya saya di uniten pusaka tersayang,saya dengan sedaya upaya menahan kesakitan di perut sambil mencari parkir gara2 polis uniten yang lahanat membuat sekatan jalan di merata2 tempat.lantas dengan nekad saya meletak kereta di parkir di hadapan medan selera COE.sejurus selepas itu,dengan lincahnya saya menuju ke toilet COE.setelah selesai dengan urusan peribadi tersebut, saya kembali ke kereta untuk mengambil beg saya.tiba2 saya ternampak ada seorang polis uniten yang gemuk,pendek,buncit sedang menunggu di hadapan kereta saya.

saya : wei gemuk,kau bwat apa kat keter aku?

polis uniten : minta maaf encik, encik telah meletak kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.

saya : apahal pulak?tu signboard tulis 'pelajar'.kau x sekolah ke sial?

polis uniten : maaf sekali lagi encik.kitorang terpaksa menyaman kenderaan yang tidak mempunyai sticker.

saya : pantat apa kau.x pernah dibuat orang tampal sticker uniten.aku duduk luar,bukan duduk amanah ke cendi babi.

polis uniten : encik kena apply sticker di bahagian keselamatan.

saya : ahh,pedulik apa aku.

polis uniten : kalau macam tu,saya terpaksa saman encik.

saya : pukimak lah kau.aku alih la macam ni.aku gi berak kejap jea pown tadi sial.

polis uniten : x mengapa encik.saya dah pown saman encik.saya cuma nak tengok id encik jea.

saya : pukimak gak kau ni kan?


disebabkan sikap polis uniten gemuk pendek buncit babi itu terlalu bersopan santun, hati saya pown tersentuh lalu terus memberikan id saya tanpa berfikir panjang memandangkan sudah lewat ke kuliah. *dialog di atas rekaan semata2,xde kaitan dengan yang hidup atau yang mati.apa kau gila aku nak cakap macam tu?


selepas selesai urusan saman menyaman,saya terus meluru ke kelas kerana tujuan saya datang ke uniten adalah untuk ke kelas.setibanya saya ke kelas,saya berbisik sendirian,'pukimak betul lah,gua datang uniten jauh2 hari ni semata2 nak bagi diri gua kena saman'.kelas saya batal.

sekian. (gua da rajin bwat entri warna-warni)

Sunday, July 19, 2009

perhatian!


awek kat bawah ni nama dia cassadee dari band hey monday.she rocks.tu jea gua nak cakap.sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada gua.sekian.




Thursday, July 16, 2009

maaf entri kali ini panjang..


gua nak share something yang menimpa gua tadi.malam semalam gua tido dengan harapan hari ni akan menjadi hari yang bakal melakar sejarah dalam hidup gua atau setidak-tidaknya hari ni akan sama seperti hari-hari yang pernah gua lalui dengan tenang.tapi panas yang disangka sampai pukul 5,rupanya hujan pada pukul 12.maybe salah gua sebab x minum nescafe pagi-pagi macam dalam iklan tu,‘mulakan hari anda dengan nescafe’.tapi mungkin jugak bukan salah gua.bermacam-macam hal yang jadi kat gua dan kebanyakannya yang tidak menyenangkan.


Situasi 1


gua bangun pagi,mandi,sembahyang subuh,sarapan,belek-belek buku skit.ni semua sebab nak ambik hati parents gua sebab gua bangun awal pagi kempunan nak tengok movie kat hbo ke, cinemax ke x pown star movie.gua dah rancang dengan perfect sekali.bila da sampai masanya, gua pown gi la duduk depan tv gua yang x berapa nak besar.gua raba-raba bontot gua cari remote.xde.berpeluh gak la gua cari remote pastu.bila dah jumpa,dengan rasa excitednya, gua tekan ‘info’ nak usha citer apa yang ada.jumpalah pulak movie yang gua berkenan yang memang baru nak start.bila gua tekan jea ‘ok’,hati gua hancur luluh.dengan selamba tv gua tayang ayat ni
this channel is not included in your subscription.to subscribe,please contact Ananda Krishnan .down beb,down.gua rilek,cover suara kecewa, gua tanya mak gua,‘ibu, ibu,astro ni rosak ke sebab xley tengok hbo sumer sumer tuh’.‘memangla da xde,ibu dah cancel subscription dia sebab adik-adik nak periksa’,balas mak gua dengan selamba.diorang nak exam,gua lak yang x dapat tengok. pe cer?

Situasi 2

gua nak gi mid valley dengan kawan gua,apiz dengan hajat di hati nak tengok heri poter.dalam hati da timbul rasa riak nak berlagak kat member-member lain sebab tengok first day.so,gua pown gerak la.topap minyak 10 hinggit,gua gerak dengan hati yang girang.sampai jea dekat-dekat mid,gua da rasa something wrong.kereta sikit punya banyak kat luar.sampai berlapis-lapis parking.gua cuba abaikan.dah masuk tempat parking,baru gua taw kenapa.parking xde langsung.gua pusing punya pusing dalam tu cari parking.gua rasa gua topap minyak tadi untuk main pusing-pusing dalam parking jea.x kira lagi gua berpeluh macam lepas main futsal.saving minyak pakai natural air cond jea.*amalkan selalu.dengan rasa putus asa,gua keluar balik cari parking kat area lain.da la x dapat parking,kena charge lagi pulak tu masa nak keluar.lahanat punya mid valley.last-last gua parking kat area lain.itupown dapat parking celah-celah tiang.


Situasi 3


gua setel jea parking,gua terus naik atas gi cinema.sampai-sampai terus beratur.tengah gua sedap layan perasaan,tiba-tiba rasa ada orang bergesel-gesel kat belakang gua.gua toleh la mana taw ada member gua datang tegur.piap, ada minaci belakang gua.gua chill.maybe dia x sengaja menyendeng-nyendeng kat belakang gua.gua sambung layan perasaan.sap sap piap,dia ketis-ketis belakang gua lagi.‘uwahh,ini dah lebih’,bisik gua dalam hati.tapi sebab gua lelaki budiman,gua malas nak sound.so,gua terpaksa bersabar sepanjang 30 minit tempoh beratur.maybe gua x ley salahkan dia sangat.maybe dia nak ngurat gua tapi segan.so dia buat camtu nak ambik attention gua.


Situasi 4


bila sampai kat kaunter,gadis kaunter tu pown tanya gua,‘kau nak apa?’.dengan nada demanding gua cakap,‘heri poter pukul 2,2 orang,xnak seat depan sangat,xnak seat belakang sangat,pastu nak student price’.‘student id bak mai’,balas gadis tu selamba.gua capai wallet cari id gua.shit.id dalam kereta.ni kalau x student price,maw kena tambah 5 hinggit.gua gamble keluarkan medical card.at least ada jugak tulis yang gua ni student uniten.‘dik,kad ni dah tamat tempoh’.gua bingung sebentar.ingat roti gardenia apa ada expiry date.rupa-rupanya kad tu ada tulis ‘Valid from 25/6/2008 until 24/6/2009’.shit lagi sekali.lepas puas gua pujuk rayu,last-last gua yang mengalah.brengset.gadis kaunter tu memang seorang pekerja terlatih di mana dia x akan termakan pujuk rayu customer macam gua ni.


Situasi 5


gua x puas hati dengan ending heri poter.ending dia buat gua saspen sebab dia macam tergantung.maybe ni pelan jangka masa panjang JK Rowling biar semua orang beli buku or tengok upcoming movie nanti.da la time tengok tu sejuk nak mati.gua rasa maybe pekerja dia terpasang air cond tu kasi terlebih kuat.sojuk beb,sojuk! taik telinga gua pown dah beku bila keluar cinema sebab deria pendengaran gua x begitu baik pastu.



so,macam mana pown,gua bersyukur gua masih bernafas dan masih mampu menaip.
hari ini memang palat,tapi esok masih ada’.haha.

Moral of the story
; kalau ada awek or balak bergesel-gesel kat belakang lu orang, straight tanya dia, ‘ekau nak mengorat eden ehh?’

Tuesday, July 14, 2009

to all film directors out there..

mohamad afiq,

foodcourt coe uniten bangi,

uniten bangi.


_______________________________________________

mana-mana pengarah filem di luar sana,

mana-mana lah,

Malaysia.

July 14, 2009

Per: tawaran mengambil kawan-kawan saya berlakon

kehadapan pengarah-pengarah filem di luar sana, merujuk kepada perkara di atas, saya ingin menawarkan tuan/puan mengambil rakan-rakan saya berlakon kerana mereka sangat berbakat.

2.sebab saya berkata sedemikian adalah industri filem Malaysia sekarang amatlah memerlukan bakat-bakat baru seperti mereka.

3.pihak tuan/puan pasti akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda jika mengambil mereka berlakon dalam filem pihak tuan/puan yang seterusnya. ini kerana, mengambil mereka umpama satu pakej yang tidak harus dilepaskan. berbekalkan wajah yang kacak bagi yang lelaki dan yang cantik bagi perempuan, mereka mempunyai pakej yang lengkap.


4.bakat mereka dalam bidang lakonan memang tidak dapat disangkal lagi. sejak dari bangku sekolah lagi mereka telah menonjol dalam bidang ini. sebagai contoh, ada diantara mereka yang memegang beberapa watak penting di dalam berbagai sketsa popular yang sering diadakan pada hari kanak-kanak seperti ‘sang kancil dengan buaya’ di mana mereka memegang watak buaya kedua dari kanan yang diketuk oleh sang kancil dan pokok epal yang rendang di tepi sungai. watak-watak tersebut amatlah dikenali dengan kesukaran untuk dihayati namun mereka telah melakukannya dengan jayanya.


5.disamping itu,bakat mereka dalam bidang nyanyian juga tidak kurang hebatnya. mereka pernah mencuba nasib dengan menyertai uji bakat program ‘akademi fantastik’, namun, hos rancangan tersebut, AB mizal memberi komen yang amat mengejutkan. beliau dengan jujur dan berterus terang menyatakan yang mereka terlalu berbakat dan tidak sepatutnya menyertai pertandingan itu. ini kerana, kalau mereka menyertai pertandingan itu, peserta lain tidak mempunyai peluang menang kerana mereka konfem menang lantas menyukarkan pihak bastro untuk mengaut keuntungan berlebihan dengan menggunakan taktik memasukkan balik peserta kegemaran yang telah disingkirkan.


6.dengan ini juga saya menyertakan salah satu iklan popular di mana rakan-rakan telah berjaya memegang watak-watak penting yang juga direbutkan oleh beberapa artis yang sudah terkenal. bak kata pengarah iklan ini, kalau mereka tak berlakon, konfem tak laku.






7.however, mungkin pihak tuan/puan tidak dapat mengecam mereka kerana iklan ini telah sengaja disabotaj oleh pihak tertentu atas rasa hasad dengki mereka kepada rakan-rakan saya dengan cara mem’fast-forward’kan video ini. walaubagaimanapun, jika pihak tuan/puan mem’slow-motion’kan video ini, tuan/puan juga tidak dapat mengecam wajah mereka kerana rancangan sabotaj ini telah diatur dengan sempurna.


8.so,atas sebab-sebab di atas, memang rugilah pihak tuan/puan kalau tak ambik mereka berlakon kerana sekarang mereka sedang membuat keputusan berikutan tawaran-tawaran lain yang datang seperti dari pengarah a. razak mydin, pierre andro dan ahmad idhar. so, siapa cepat dia dapat. sekian, trimas..



yang promote,

afiq lah





Monday, July 13, 2009

damn!

tetiba aku rasa nak pakai handphone baru.handphone aku skang ni kalau bagi kat muzium,aku rasa diorang tawar harga tinggi nak mintak untuk display phone tu kat section 'Barang-barang Purba'.rasa rindu lak kat phone aku yang kena kebas dulu.da kena rembat time tido.loser sial gua.sampai termimpi handphone beb wa cakap lu time tu.mimpi jumpa balik bawah katil.hadoy.sesiapa nak belikan aku handphone,sila angkat tangan kanan sahaja(tangan kiri x ikhlas).*memang x ahh.haish~



mood : down+berharap

serangga kecil berkaki enam

akhiri setiap ayat di bawah dengan, 'so what?'

  • gua takut lipas.
  • gua tengok mentor final.
  • gua suka tengok kartun.
  • gua addicted main dota.
  • gua minat megan fox even kalau dia trans.
  • jadual harian gua dikawal parents.
  • gua suka main bowling even x power.
  • mak gua x bagi gua makan megi tapi gua makan gak.
  • gua suka pakai pen kilometrico.
  • masa spm gua pakai kalkulator yang gua rembat ntah dari siapa.
  • gua nak bwat baju raya baru sebab tahun lepas punya dah pakai dua tahun.
  • tiap2 pagi gua tengok Malaysia Hari Ini
  • gua sekarang ada hobi baru; mengemas.
  • melipat baju lak hobi sampingan gua.
  • gua suka rajin2 kat rumah sebab nanti dapat elaun lebih.
  • gua ada satu boxer gambar katak.
  • gua x suka calculus.
  • disney channel adalah channel faveret gua.
  • gua pernah sagat kereta orang pastu bla cepat2.
  • gua ada bantal busuk bentuk bintang warna merah.
  • gua per nah tido selama 14 jam.
  • gua pernah sagat kereta sendiri tapi x bagtaw bapak gua.
  • gua x suka budak shapel.
  • gua pernah menang pingat emas lari dalam guni masa darjah tiga.
  • lari bawak bola ping pong lak dapat gangsa jea.
  • masa sekolah rendah gua seorang pengawas (*nada bangga).
  • gua suka tengok iklan bio aura.
  • gua suka pow duit adik2 gua.
  • gua suka buli adik2 gua.
  • gua seorang abang yang baik.
  • gua x suka makan peria.
  • masa kecik2 gua bercita2 nak masuk roda impian.
  • gua ulang alik hari2 ke uniten.
  • gua tido awal hari2.
  • gua bangun awal hari2.
  • tadi gua sakit perut jap.
  • tadi gua study jap.
  • pastu gua tido balik.
  • pastu kena marah.
  • gua ada banyak member yang best2.
  • gua single and enjoying it.
  • gua sayang parents gua.
  • gua suka life gua.


aku just nak citer yang aku kena kejar dengan lipas terbang (barua punyer lipas) tadi, tapi dah melalut sampai macam ni.

Friday, July 10, 2009

korean language 101


sila play video di atas,trimas~

aku tak mahu sesiapa selain kau
aku tak mahu sesiapa selain kau
macam mana aku nak bersama yang lain
sedangkan aku tak mahu
aku tak mahu sesiapa,sesiapa,sesiapa

mengapa kau memaksaku
memaksaku meninggalkan mu
aku tahu apa yang bermain di fikiran mu
sayang mengapa kau tak dengar kataku
bagaimana mungkin aku mencuba
untuk mencintai yang lain
melupakan, meninggalkan mu
sedangkan ku tahu kau mencintai ku

sering bisikkan yang kau tak sempurna
katakan yang hidup bersama amatlah sukar
tapi kau tahu itu semua tak benar
cukuplah dan kembali padaku
bagaimana ini semua terjadi
sedangkan kita ditakdirkan bersama

aku tak mahu sesiapa selain kau
aku tak mahu sesiapa selain kau
macam mana aku nak bersama yang lain
sedangkan aku tak mahu
aku tak mahu sesiapa,sesiapa,sesiapa

aku tak mahu sesiapa selain kau
aku tak mahu sesiapa selain kau
macam mana aku nak bersama yang lain
sedangkan aku tak mahu
aku tak mahu sesiapa,sesiapa,sesiapa

mengapa kita tidak boleh
tidak boleh terus begini
kerana kau yang aku perlukan
tiada yang lain
siapa lagi yang mampu buat ku rasa seperti
seperti ku bersama mu
tiada yang mungkin

sering bisikkan yang kau tak sempurna
katakan hidup kita bersama amatlah sukar
kau amat memahamiku
kau tahu apa yang ku dambakan
disamping kau selamanya
adalah impianku

aku tak mahu sesiapa selain kau
aku tak mahu sesiapa selain kau
macam mana aku nak bersama yang lain
sedangkan aku tak mahu
aku tak mahu sesiapa,sesiapa,sesiapa

aku tak mahu sesiapa selain kau
aku tak mahu sesiapa selain kau
macam mana aku nak bersama yang lain
sedangkan aku tak mahu
aku tak mahu sesiapa,sesiapa,sesiapa

aku tak mahu sesiapa, aku tak mahu sesiapa

sayang kau tahu ku mahukanmu
hanya kau yang aku perlukan
mengapa kau tak mengerti

aku tak mahu sesiapa selain kau
aku tak mahu sesiapa selain kau
macam mana aku nak bersama yang lain
sedangkan aku tak mahu
aku tak mahu sesiapa,sesiapa,sesiapa

terkenang kembali waktu
kita masih muda dan bebas
tiada yang penting selain kita bersama
tapi kenapa ia tak berterusan
mengapa kau mengusirku dari hidupmu
aku tak mahu sesiapa,sesiapa selain kau


p/s : di sini jelaslah terbukti yang aku mahir berbahasa korea.


diorang yang ajar aku.thanks lah korang!

Monday, July 6, 2009

permulaan baru..

yaa,itu dia!hari ni hari first untuk sem baru.untuk pengetahuan engkau orang,aku belum masuk degree atas sebab2 tertentu.yela,dah nama pown uniten pusaka tersayang,so aku saje la nak belajar extra satu sem kat sini.bahaha.hari ni aku bangun awal dari biasa.ntah apa setan masuk badan aku,aku bangun pukul 4.cool habis weh aku kejut adik2 aku gi mandi.slalu diorang yang kejut aku suruh hantar diorang.so,dengan rasminya,aku dah set up beberapa azam yang harus aku capai.

  • taknak ponteng kelas dan insyaallah tutor pown sama (ni yang berat nih)
  • hari2 tido awal bangun pagi study
  • agak2 xde kerja tu,belek2 la latihan2 yang ada
  • pointer kena tinggi bai! nak mintak loan nih sem depan! masak mak bapak aku nak tanggung degree
  • solat lima waktu (ni memang da konfem la)
  • semua di atas haruslah tercapai~

so,mana2 yang da baca ni,doa2kan lah aku dan rakan2 yang senasib untuk terus berjaya bagi melangkah ke peringkat seterusnya.





sekian,terima kasih.

yang nak kelas jap lagi,
mohamad afiq

Saturday, July 4, 2009

cassadee!!!

sedang aku membelek2 lagu2 n video2 dalam laptop nih, aku terjumpa satu video yang da lama gak la aku x tengok.so,aku nak share dengan korang sebab video ni pernah jadi video wajib yang aku tonton tiap2 hari sebelum tido.minah ni nama dia cassadee from band hey monday.damn she rocks.maybe ramai da kenal n maybe da tengok pown video ni tapi aku nak post gak pasal dia sebab ni blog aku,sukati aku la nak post apa.haha.tapi lagu ni agak sentimental.so,kalau korang nak taw,gua sentimental bai!haha.so,citer banyak pown x guna,layan~